Tuesday, September 7, 2010

Sambal Kentang

Dah lama sebenarnya tringin nak buat sambal kentang ni. Pernah buat b4 ni tapi xjadi2..sejak tu makan yang beli je. Arini terasa nak makan air tangan sendiri,so godek2la dapo Kak Hana,jumpala sambal kentang ni.. Keletung keletang kat dapo kejpa n akhirnya siap gak sambal kentang ambe. Bukak puasa tadi memang puas hatila dpt meratah sambal ni...tapi ambe xletak ikan bilis la...






Bahan-bahan
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)- hana ltk gula
  • hana tmbh bwg besar hiris dan air asam jawa skit.
  • Minyak utk menggoreng & menumis
Cara-cara
  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang.

No comments: