Powered By Blogger

Thursday, February 24, 2011

Gulai Ayam Kalio

Monink...selamat pagi....hehehehehheh....pagi ni baru leh masukkan n3 lauk lunch semalam. Ingat nak masukkan semalam tai dek kerana syok sangat nengok Malaysia vs Pakistan, habis je bola...terus menonong tido... hajat nak ngadap blog dah terbang masuk mimpi daa....hahahahhaah....Masa geledah dapo Kak Hana, bila kak hana kata ayam ni sedap sebab kombinasi pelbagai rasa,ambe memang terus rasa teringin nak buat. Yela,nengokkkan daun2 yang digunakan memang jenis yang membangkitkan selera terus...Bila dah siap, rasa sikit...rasa ala-ala rendang pun ada. Sekali try, macam rendang yang xkering.. laju je sume orang makan semalam, siap my dad buat cicah ngan roti lagi....memang puas hati! 

Bahan-bahan:
  • 1/4 ekor ayam kampung - ambe buat 1/2 ekor, guna ayam bandar
  • 200~300 ml santan - ambe letak 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan santan cair - ambe tambah
  • 1/4 biji nenas (dipotong ikut suka)
  • Sehelai daun kunyit (dicarik-carikkan)
  • Sedikit daun kesum
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carikkan)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumisan (diblend)
  • 5 biji cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Sehiris kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah keras - xletak,xde stok
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut
Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili masak.
  2. Masukkan ayam dan gaul mesra dengan rempah tumisan dan kecutkan lebih kurang 5min pada api sederhana.
  3. Masukkan santan,nenas dan daun kunyit..Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih...jgn sampai pecah minyak.Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Masak sehingga pekat..Masukkan daun kesum dan daun limau purut...Sedia dihidang.

5 comments:

Mas said...

mimiey...nampak sedapp la..
nak semangkuk...he..he..

Yatie said...

Assalammualaikum Mimiey,
Waduhhhhh....pepagi dah tayang gulai ayam kalio ni...buat akak laparlah tetiba, rasanya nak terus siang ayam, nak masak mcm ni gak...nak check dulu segala daun2 tu ada kat esbok tak.....kih3...apa pun akak masuk list dululah..mesti cuba ni...

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas...
memang sedap kak mas...
recommended...
cicaj ngan roti pn dh xhengat donia,makan ngan nasi lagila...
amekla kak mas nak mangkuk beso ke kecik...hehehheheh

Mimiey.. (^-^) said...

kak yatie...
hehheheh...tu la,saje nak menggoda pepagi ni..
nmpk gaya kak yatie kena siang ayam cpt2 nih, buat gulai ni...silekan kak yatie try...sedap wooo

Kak Amy said...

tengok gambar pun tahu memang sedap..terliur di buatnya ha..

p/s: jemput join contest sinar raudah

http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html