Powered By Blogger

Monday, December 20, 2010

Pulut Inti

 Ni buat skali dengan kuih ketayap bawah sinun... Xde idea nak pot..pet..pot..pet...hujan tengah turun membasahi bumi sekarang ni, sejuknya ngegege...sampai ke tulang hitam... ohhh... ni style my mum buat pulut inti. Pulut tu my mum juz masak atas dapo je instead of kukus sebab buat pun sikit je.. pengukus lak beso, so macam xberbaloi je nak kukus..layannnnn


Pulut:
250 g beras pulut
2 cawan santan
1 helai daun pandan - simpul
secubit garam.


Cara-cara:
Beras pulut dibasuh bersih dan masukkan semua bahan ke dalam periuk kecik. Masak atas api yang sederhana sehingga santan agak kering dan kecilkan api. Masak hingga pulut masak.


* Ajaran my mum: Pulut hendakla sentiasa dikacau supaya semua bahan serata dan mengelakkan kerak yang berlebihan. Periuk hendaklah ditutup semasa memasak pulut.


Inti:
4 cawan kelapa parut
3 keping nisan - ambe guna nisan kampung
4 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
4 sb gula
Garam secukup rasa


Cara-cara;
Masukkan kelapa parut dan 3 cawan air ke dalam kuali dan biarkan di atas api hingga air kering. 
Kemudian masukkan nisan, baki secawan air, daun pandan, gula dan garam secukupnya dan masakla sampai kelapa agak kering. 


* Nisan kampung sizenya agak kecik berbanding nisan biasa dan biasanya xdicampurkan gula semasa ia dimasak. Errkkk...paham x???



2 comments:

Mas said...

mimiey..sedappnya pulut inti, k.mas suka....nak sepinggan....

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas..
hheheehehh... mie pn suka..puas makan semalam..nah, sepinggan khas tok kak mas buat bekpas...