Friday, December 10, 2010

Kuih Getas-Getas


Ni la menu breakfast kitorang pagi ni, kuih getas-getas dan roti... Kuih ni kalau kat tempat lain xtaula tapi ambe pun xtau nama sebenar kuih ni apa. Seyes cakap ambe memang xpernah makan kuih ni kat pasir mas ni. memang xpernah jumpa pun.. Blajar makan kuih ni bila dah masuk uitm shah alam sebab kat kafe fac ambe tu memang ada jual kuih ni walaupun sangatla jarang ada. Masa memula tengok kuih ni, memang jakunla sebab xpernah nampak kan. Tapi memang kalau kuih ni ada, akan beli walaupun singgit je..


Singgit??? Mesti korang kata ambe kedekutkan sebab beli singgit je... Bukan...bukan... kuih ni manis sebab sira dengan gula. Kang kalau beli banyak, mesti makan sampai habis.. Makin banyak yang dibeli maknanya makin banyakla kuantiti gula masuk dalam badan. Huh, nanti mau kena kencing manis kalau makan kuih ni banyak2.. So, itula rasabya alasan paling konkrit kenapa ambe beli singgit je tiap kali makcik cafe tu tayang kuih ni. Dah bertahun ambe makan kuih ni tapi xpernah tau nama, yang tau MAKAN je..hheheheh... Beberapa hari lepas masa dok selongkar umah Kak LizaHanum, nampak dia buat kuih ni. Rupanya kuih ni nama getas-getas dan kebetulan ada sikit lebihan tepung pulut, ambe buatla kuih ni pagi tadi. 


Puas hati boleh makan walaupun xsama cam makcik cafe punya. Gasakla, yang penting ambe dah tau camne nak buat kuih ni... Nanti2 nak buat lagi tapi sementara tu korang layan resepinya dulu ye..


BAHAN-BAHAN (5-7 biji):

100 gm tepung pulut (sukatan 1 cawan )
50 gm kelapa parut (sukatan 1 genggam)
90 ml air 
secubit garam
10 sudu besar gula + air 3/4 cawan*


CARA-CARA:

  1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga sebati dan jadi doh.
  2. Kepal bulat2 dan leperkan.(ikut suka nak saiz camne).
  3. Gorengkan hingga garing dan kekuningan.Angkat dan toskan bila dah masak.
  4. Dalam kuali lain,masak gula + air(yg bertanda *) hingga pekat,berbuih dan bertali.Masukkan kuih yg telah ditoskan tadi.
  5. Bila gula mula terbentuk dan melekat,matikan api.
  6. Sedia untuk di makan

2 comments:

Suzi said...

getas-getas...sedap tu. lama dah tak buat.

Mimiey.. (^-^) said...

kak suzi..
mmg sedap kak suzi..umah ni mst ade siaran ulangan nnt...