Thursday, December 16, 2010

Bendi Bersambal

Yang pertama-tamanya, ambe nak ucapkan selamat berbuka pada sesape yang berpuasa hari ini.. Kami 1 family pun puasa jugak. Sayur kat bawah ni salah satu menu kami maghrib tadi. Manis masin pun agak2 je tadi, yelah pose mana leh nak try2..kang batal rugila pahala hari ni.. Dahla sape yang puasa hari ni dapat pahala banyak..


Punyala lama resepi terperuk sebab xberjodoh dengan bendi. Asyik xjumpa je si bendi ni.. Konon2nye xnak derhaka la guna bahan lain sebagai ganti, tapi sebenarnya sebab dah jatuh chenta tengok yang Kak Nor punya, ambe tahan jugak hasrat nak buat sampai jumpa si bendi ni. Alih-alih pagi tadi jumpa. Bolehla buat.. Sambal dia memang sangat sedap, ambe saje buat lebih sebab nak simpan. Senang nak makan dengan benda lain..Jom layan resepi... Kak Nor, mie panjangkan kat sini ye..


Bahan-bahan:
13 biji bendi
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam
gula
minyak

Bahan diblend:
2 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato -xde stok, ambe ganti 3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering ~ direndam

Cara-cara:

  1. Celur seketika bendi dlm air yg dididihkan (masukkan beberapa titik minyak dlm air)
  2. Angkat dan rendam dlm air utk memberhentikan proses masak), kemudian toskan.
  3. Panaskan minyak dan tumis cili mesin hingga garing.
  4. Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng lg hingga kering sedikit.
  5. Masukkan kicap dan sos tiram dan air.
  6. Masak hingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Hati2 bila masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr udang kering, kicap dan sos tiram.
  7. Masak hingga garing dan hidangkan atas bendi yg dah disusun atas piring.
  8. Hidangkan panas2.

4 comments:

K.Nor said...

sedap ke miey sambal tu? :) mekasih ya sudi try

Mimiey.. (^-^) said...

kak nor...sedap kak nor...tq ata resepi yg mabeles tuh..hehehe

HomeKreation said...

Salam mimiey. Sedap nya nampak, fevret Along gak ni.

Mimiey.. (^-^) said...

along...
hehheehh..kita share kesukaan yg sama...