Monday, December 20, 2010

Kuih Batang Buruk @ kuih Ketayap


Menu bekpas kami tadi selain pulut inti... Buat inti kelapa tadi sebab kesian tengok kelapa parut muda yang ambe beli jumaat lepas dah kejang dalam esbok tu.. Kang xpasal2 cik tong yang makan. Buat ni pun xbanyak sebab dah buat pulut inti, tapi sebab dah alang-alang buat inti tuh, godek jugak kuih ni sikit.. Kulit kuih ni ambe ikut cara kak Madihaa inti my mum punya style.. Inti nanti jenguk atas sinun ye...

Bahan2 Dadar:
3 cawan tepong gandum*
3 ~ 3 ¼ cawan santan* (bergantung pada jenis tepong) (kalau nak guna air biasa pun boleh gak.. tp kuranglah lemaknya)
½ sudu kecil garam*
pewarna hijau secukupnya* - ambe blend daun pandan dengan santan
1 biji telur* -xletak
1 sudu besar marjerin* ~ cairkan sedikit minyak
2 helai daun pandan ~ dilipat2 & ikat dengan getah jadikan penyapu minyak 

Cara Menyediakan Kuih Dadar :
1. Bancuhkan kesemua bahan2 bertanda * sehingga rata menggunakan whisker.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak dengan daun pandan.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis.
5. Biarkan kuih dadar masak. Tak perlu balikkan kuih. Angkat & letak dalam pinggan. Ulangi proses no. 4.
6. Sementara menunggu dadar ke 2 masak segera intikan kuih dadar yang pertama td dan gulunglah kuih


3 comments:

eliyaezlinalias said...

rajin nyer...

izahdaut said...

mieeeeee.. lama hakak tak mkn kuih tayap ni... aduii klu la dpt 2,3 gulung..kompommm nyamaannn... ko menggoda aaaaaaa

Mimiey.. (^-^) said...

kak eliyaezlinalias...
hehehehhe....

kak izah...
hahhahahah...goda kak izah!!!! cepat kak izah buat...nnt anto sini... mie pn dah lama xmkn ketayap handmade, ni la setelah sekian lama asik dok telan air tangan makcek kedai ye,hikhikhik...