Tuesday, December 14, 2010

Bawal Bakar Berempah Woku


Ni hidangan 2 hari lepas. Nam masukkan semalam jenuh menunggu loading, xloading2.. puas dok tunggu, baik g tunggu cite tv.. dapat gak tengok cite.. Ni lepas terliur tengok Alongroz tayang ikan bakarnya itu... Sebenarnya resepi dah sangatla femes d kalangan blogger2 masak ni tapi ambe je yang terlewat try.. Xpela, better late than never..ye x???


sumber: kak Ummi
Yg Dah Try: Kak Ayu S'pore, Kak Mas, Kak Nor, Kak Jun, Kak Hana



Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar-(Ambe gunakan ikan bawal)
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis 
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya 
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong 
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah 
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar 
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap:-
  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!!

6 comments:

Mas said...

k.mas suka ikan berempah woku....sedappnya....nak minta tak boleh sebab dah abiss..hu..hu..

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas...
hehehhehe... kat umah ni pun dah licin.. sedap sgt, 2 pn mie dh skip byk bhn sbb xde..still sedap lagi..

A~ said...

nyaaaam sedap! dah ada bf? skang ni bukan senang nak jumpa aweks pandai masak, cun & baik mcm u ni. ahahahhaha.
tapi awal lagi kan. skang ni bukan senang nak jumpa balaks pandai buat kerja rumah, encem & baik kan?
:D
tapi

Mimiey.. (^-^) said...

A~...
hehehhe...soklan panas tuh>>>kuang3.. yg tu biarlah rahsia..hahhahaha... i pn bukan pandai sgt, bolehla skadar nak try pape yg best. balaks camtu memang kena rajin mencari la kalau nak ade ciri2 camtu... hehehhehe... nape ade tapi???

A~ said...

oh, tu tak kuar semua. hampes punye blogspot. i tulis patutnye bunyi cam gini: tapi, u pon masih muda, perjalanan masih panjang, focus on ur studies/career than baru la hal2 lain. lagipon rezeki ada di mana2, kena pandai cari & interprete clue dari NYA saja :)

pakDo said...

patut la gatal tangan, nak dpt abang ipar rupenya.