Thursday, December 16, 2010

Kuih Lapis Pelangi

Kuih lapis ni buat sekali dengan apam gula melaka tu tapi ambe punya nipisla sangat... Alkisahnya sebab dah tersalah guna loyang size yang agak besar. Nak tukar dengan loyang kecik sikit macam malas nak selongkar almari, so tawakal je la kalau nipis pun.. Hasilnya memangla nipis, rasanya kalau nak dibandingkan kuih lapis biasa separuh je kot ketinggiannya. Warna kat luar dah just nice tapi bila snap, macam pucatla pulak kaler dia.. Tapi xnampak sangatla pelanginya sebab ambe buat pun 3 kaler je..


Hari sebelum tu, masa kitorang tengah lepak2 kat beranda lepas hujan petang tu.. nampakla pelangi yang sangat cantik kat langit.. Ambe sempatla snap 2 3 keping tapi xberapa jelas sangat sebab kamera kita kamera biasa je.. xpela, layan jela gambo pelangi tu ye..ehhhh...lupa lak.. resepi tu amek umah Kak Hana ye...kak Hana, mie cnp aje la ye..



Sumber asal: Kak Hanieliza
Yg Dah Try: Kak Fara. Kak Mas, Kak Ummi


Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad - hana buh tpg jagung
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu - ungu tadak!
Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)
(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

4 comments:

::Miss Pikon:: said...

w/pun sy bkn p'gemar kuih lapis, tapi kuih lapis awk ni buat sy terliur.. nampak yummy sgt! =)

Mas said...

rajinnya anak dara ni melapisss...he..he...cantik pe kuih lapis mimiey tu...yang penting sedappp mimiey...

Mimiey.. (^-^) said...

miss pikon..
hehhehe...tq ye.. nnt cubala buat, insyaallah xmenyesal..

kak mas...
rasa mmg sedap tapi xpuas hati lagi tang kaler tuh..nnt nak buat lagi kena kasi cerah skit kaler die..

Mimiey.. (^-^) said...

miss pikon..
hehhehe...tq ye.. nnt cubala buat, insyaallah xmenyesal..

kak mas...
rasa mmg sedap tapi xpuas hati lagi tang kaler tuh..nnt nak buat lagi kena kasi cerah skit kaler die..