Olahan: Alkisahku....
Bahan-bahannya:
400 gm kacang tanah-goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar separuh halus dan separuh kasar
Bahan kisar:
9 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
15 tangkai cili kering,direndam
segenggam udang kering -rendam dulu 10 minit
3 batang serai
Sedikit belacan - optional
3oo gm daging - dipotong kecil2
1 1/2 keping nisan/gula melaka
2 batang serai - diketuk
3 sb gula
3/4 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
3 cawan air @ ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih
Garam
Cara-cara:
- Tumiskan semua bahan kisar hingga naik minyak dan hampir masak. Masukkan daging dan kacau sebati,biarkan selama 5-6 minit.
- Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
- Masukkan air asam jawa, gula melaka/nisan, serai yang telah diketuk, serbuk jintan manis dan jintan putih. Biarkan seketika hingga kuah mendidih.
- Masukkan santan,kacang yang telah dikisar dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Kecilkan api dan biarkan kuah kacang mendidih selama 30 minit.
- Siap dan boleh dihidangkan dengan nasi impit @ dicicah dengan roti. sedap!!
3 comments:
perhh...budak kecik masak kuah kacang lak...rajinnn anak dara ni..he..he..jngn lupa anto subang sikitt....
kak blaja buat sate plok, kuoh kace reti doh tu...nyum2~ reti buat nasi dage ngan nasi kerabu bleh mikir nok nikoh doh la..hahaha
kak mas...
hhehhehe...dh lama xmakan kuah kacang. nampak ade lagi kcg tanah dlm bekas, tu yang buat...
pakDo..
ahhahaah...satay ma la hok panda,kak panda make jah..hahhaha,hok tu xreti lagi
Post a Comment