Powered By Blogger

Wednesday, December 15, 2010

Apam Gula Melaka

 Sebelum tido, ambe tinggalkan korang dengan 3 ketul apam nih yang dah selamat masuk mulot orang kat umah ni...Virus mengapam ni sebenarnya dah berjangkit ke umah kakak2ku yang lain tapi ambe still buat malu-malu, dok tengok je sume orang mengapam. Ala,mimiey...cakap jela ko tu malas nak keluarkan pengukus sebab tu xmengapam2 pun lagi!!! wahahhahahah.... sangatla benar ayat itu bagai dikata.. Bukanla malas, tapi kurang rajin sebenarnya. 


Bila tengok sume orang dok tayang apam masing-masing yang pelbagai bentuk dan rasa tu, ambe kat sini pendam rasa jelah.. buat malas tapi makan mau!! Bahan-bahan dia xdela susah mana pun sebenarnya tapi sajala cari alasan kurang rajin nak buat. Las-las masa g sepahkan dapo kak seri, nampak Kak Seri menayang apamnya yang sungguh cute mute itewww.. Xlama lepas tu, tengok Kak Hana pulak tayang.. Xleh jadi nih, kena buat gakla nampak gayanya..


Tapi sangat menyesal buat separuh je sebab sorang dapat makan seketul 2 je.. Tapi dah janji dengan my mum nak buat lagi nnt. Kali ni 1 adunan pulak.. Bila tu??? tengok keadaan dan kelapangan..hehehhehe...Dah ramai tau yang buat apam ni..Xcaya???? Korang tengok senarai kat bawah tu...


Sumber asal: Che' Iza
Yg Dah Try: Kak Ina KL, Kak Suzi, Kak Jun, Kak Nor



Bahan-bahan ( satu family )

  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

3 comments:

K.Nor said...

lain kali buat, kena buat 2 adunan k.. hantar kat ganu ni 1 adunan hehe

Mas said...

betul tu kak nor....mimiey kena buat 3 adunan, anto subang sekali..he..he...

Mimiey.. (^-^) said...

kak nor..
hehheheh...ok2..bereh..

kak mas..
org subnag pn nak gak eh???? boleh2... 30 inggit 1 loyang ye... lallalalal...dpt 60 inggit..lallalala