Powered By Blogger

Tuesday, August 31, 2010

Ayam Masak Merah Bermadu

Panjang betul nama n3 lauk arini,ayam masak merah madu. Mula2nye ingt nk gandingkan dengan nasi kaler2 tapi xjadila pulak nk buat kaler2, virus M tiba2 melanda. Last skali buat ayam ni lawan dengan acar timun je. Datang pulak sepupu ambe yg umah dia depan umah ambe je bawak ayam gulai. So, basic lauk arini adalah ayam.. Ayam pun ok what,kaya protein lg!! Malas nk melalut lagi, resepi ni ambe tgk umak Kak Nor Ganu tapi ambe modify sikit kasi lg ummpphhh... jangan marah ar Kak Nor!!


Ayam Masak Merah Bermadu

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam 
2 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
1 batang seraigaram 
3 sudu besar madu
1 sb sos lada hitamair asam jawa/tomato sos
1 sudu besar kicap manis
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
minyak

  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
  3. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
  4. Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato dan sos lada hitam. Masukkan sekali serai.
  6. Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'. 
  7. Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
  8. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
  9. Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
  10. Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..

3 comments:

fuzidss said...

Salam Pengenalan. memang nampak menarik .. kegemaran anak2 akak ni

Mas said...

mimiey, sedapnya ayam tu...nak minta mesti dah abis kan...hu,,hu..

Mimiey.. (^-^) said...

kak fuzidss
tq kak sudi singgah...

kak mas
heehhehehe,mmg dh licinla kak mas...