Monday, August 9, 2010

Ikan Bersos Ala Thai

Pagi tadi jenjalan umah kak Maz Ilham dapur,nampak die buat Ikan Bersos Ala Thai. My mum terus setuju nk buat menu ni sbb die suke jenis yg guna daun limau purut ni. Godek2 bahan kat dapo sume ade kecuali daun ketumber. Camne nk ade,sepanjang umo ambe ni xpenah daun ketumbar tu menginap kt umah ni..
Jom kita layan n3 ni. Kak Maz, mintak ijin ye nk cnp resepi tapi mintak maafla sebab dh bpaling tadah sikit. Sos die xtercover sume ikan tu sebab guna ikan bawal yg besar, so nampakla segala sisik menyisik ikan tu,huhuhuhu....

Ikan Bersos Ala Thai






Bahan-bahan (resipi anggaran)


  • 1 ekor ikan bawal hitam/siakap


  • 4 ulas bawang merah *


  • 1 ulas bawang putih *


  • 1 inci lengkuas *


  • 1 inci kunyit hidup *


  • 2 batang serai - hiris nipis-nipis *


  • 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar


  • 7 biji cili padi *


  • 4 helai daun limau purut


  • segengam daun ketumbar yang dicincang kasar


  • 1/2 cawan santan pekat


  • 1 labu kecil bawang besar - dibelah 6


  • 1 sudu besar air asam jawa


  • 4-5 sudu besar minyak untuk menumis


  • sedikit gula dan garam serta aji (jika suka)
Cara-cara:

1. Cuci ikan dan lumurkan dengan garam kunyit. Kemudian digoreng seperti biasa sehingga masak.
1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda * dengan sedikit air
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau sebati
4. Masukkan santan dan masak sehingga santan pecah minyak. Kemudian masukkan daun limau purut dan bawang besar. Kalau terlalu kering boleh la ditambah dengan 2-3 sudu besar air. Masak dengan api sederhana kecil.
5. Perasakan dengan gula dan sedikit garam serta aji (jika suka) secukup rasa agar ada rasa masam manis yang seimbang. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau sekata. Padamkan api.
6. Boleh la dituang atas ikan atau ayam yang telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidang. Siap...Selamat Mencuba...

3 comments:

maz said...

rjin btul la mie msk..untung anak mak ni..mksih ye mie sdi sba rspi sempoi kmaz tu..takpe npak sisik ikan..jgn npak tlang dah le..hehe..bak nsi spngan..kmaz dah brsila ni..umah kmaz jrang sngat msk lauk2 ni..anak2 xmkn..mkn ramai2 nga mie lgi best ni...muahh..

Ctnaemah said...

Mimiey..sedapnya..akak pun nak c& p resepi..boleh jd menu utk bulan ramadhan nnt..hehehe

AlKisahKu.. (^-^) said...

kak maz
hehehehh...resepi ni seyes best giler!!! tau xpe,mst best mkn2 dgn kak maz ni...kt umah ni sume suke ble msk lauk ni tadi..

kak ctnaemah
silekan akak...