Powered By Blogger

Wednesday, August 4, 2010

Ayam Masak Merah.

Yang ni cara masak ayam masak merah yg kami sekeluarga paling suka. Kalau buat nasi hujan panas ke, nasi tomato ke mmg resepi ni yg my mum guna. Meh kita tgk...chowcinchow..

Ayam Masak Merah.

Bahan-bahan:

Ayam:
½ ekor ayam
4 ulas bwg putih diketuk*
1 inci halia*
1 btg serai diketuk*
Sedikit gula merah*
Sedikit lengkuas*
2 sb serbuk kunyit*
Air untuk merebus ayam

Kuah:
6 senduk bwg blend
5 senduk cili kisar
Sedikit gula melaka
2 btg serai diketuk
3 sb sos cili thai
4 sb sos cili
2 sb sos masam manis
Garam, gula
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara:

Ayam:
Semua bahan bertanda * dimasukkan ke dlm periuk. Masukkan air secukupnya utk merebus. Rebus ayam sampai masak . Selepas ayam masak, goreng sebentar dan toskan. Ketepikan.

Kuah:

  1. Tumis cili kisar sampai garing. Masukkan bwg blend dan tumis sampai garing.
  2. Masukkan gula melaka, semua jenis sos dah serai yg diketuk.
  3. Biarkan mendidih sebelum masukkan air. Perasakan dgn garam dan gula.
  4. Lastly, masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul rata. Didihkan sebentar dan siap!!

No comments: