Powered By Blogger

Monday, August 9, 2010

Kuih Seri Muka

Kuih seri muka ni sebenarnye kegemaranku tp xpenah buat sendiri..asyk2 hulur duit kat mkcik pasar je klu nk mkn kuih ni. Tetiba dtg rajin hari ni nk buat sendiri,maka keletang keletung kt dapo ptg tadi,ni lah hasilnye!!!
Abaikan ye kesememehan lapisan hijaunye dan abaikn jgk sepotong kt blakang yg mcm ala2 menara condong tu...ngeh3...
Resepi ni hasil jelajahanku ke dapo Kak Nor Ganu tu.. kak Nor,mintak ijin ye cnp. Ni mmg btl2 follow aturan sbb takut xjadi.. tapi kak Nor buat kaler2, ambe buat versi kaler hijau je..

Kuih Seri Muka

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah:-
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan pulut - dibasuh dan direndam 3 jam
1 sudu teh garam

Lapisan Atas:-
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan etpung gadnum
1 biji telor
3 sudu makan gula pasir
sedikit garam
(beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste)
*ambe guna pewarna hijau dan 5 helai daun pandan

Cara-cara:

Lapisan Bawah :- Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag). Biar betul2 padat.

Lapisan Atas:- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).
Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.
Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.
Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).

No comments: