Wednesday, August 18, 2010

Ayam Kandar

Bukak puasa semalam ambe try buat ayam kandar tapi kaler die jadi sikit hitam. Maklumla bhn2 die utk ½ kg ayam tapi ambe buat sikit je ayam tapi lupa nk ubah kuantiti bahan dia. Cuma serbuk kari je la ambe kurangkan jadi ¾ paket. Tgk2 bila siap kaler die more to pekat n bila my dad n my mum rasa,diorg suka masakan camni. Resepi ni hasil skodeng umah kak Hana Jepong tu...

Ayam Kandar

Bahan-bahan



  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
Cara-cara

  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

No comments: