Tuesday, August 24, 2010

Agar-agar Milo

Ni n3 yg lepas. Saja ambe masukkan since dh seminggu xde gambo masakan. Ni hasil jelajah umah Kak Hana Jepong tu. Tapi ambe buat separuh je..


Agar-agar Milo


Bahan (Lapisan Coklat)


  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan ~k.nor guna agar2 serbuk 10gm
  • 1 3/4 cawan air (k.ummi letak hampir2 2 cawan) ~ k.nor letak 41/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula ~ k.nor letak 7sudu besar
  • 3/4 cawan serbuk Milo ~ k.nor gantikan dgn 1/3 cawan serbuk koko
Cara-Cara:-

  • Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo@coklat, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan milo@coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnti. Jangan sampai terlalu keras. walaupon dicakar, puding akan tertanggal juga. better ketika puding tgh goyang2. tuang dari tepi yer..

Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) ~ k.nor guna agar2 serbuk (10gm)
  • 1 1/2 cawan air (k.ummi lebihkan jadi 1 3/4 cawan)~ k.nor letak 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation ~ k.nor letak 1 1/2 cawan susu
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  • Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  • Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  • Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  • Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan milo@coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

2 comments:

Eliza said...

Salam Mie,menariklah agar2 milo ni..boleh masuk list akak yg pjg berderet2 nih..

AlKisahKu.. (^-^) said...

ngeh3...bleh2...nnt antola sepinggan sini ye...