Thursday, August 5, 2010

Ikan Goreng Sambal Tempoyak

Hari tu ade tgk abang CMG buat ikan kembong sambal tempoyak,jadi hari ni laksanakanla resepi ni... Best mkn dgn nasi panas2 ni!!! Meh kita layan resepinye ye...mintak ijin ye abg CMG


Ikan Goreng Sambal Tempoyak





BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah
*
1 biji kecil bawang besar
*
2 ulas bawang putih
*
1 inci kunyit hidup
*
25 biji cili padi siam merah
* - ambe guna 14 bijik je
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.


4 comments:

blogresipi said...

Hai, kalaulah ada lagi tempoyak kat dalam esbok ni harus nak buat ikan masak tempoyak. sedap ni.

AlKisahKu.. (^-^) said...

hehehhe...xpe2,nnt ade tempoyak lehla buat ye

Eliza said...

wah..di sini ada tempoyak rupanya..kecur air liur tgk lauk nih..

AlKisahKu.. (^-^) said...

sile2 kak liza buat...beshhh giler!!!!