Powered By Blogger

Friday, August 13, 2010

Solod Ikan

Lauk yg ni buat utk my dad. Dia kurang sikit bab daging ni, tapi bukan stakat my dad jelah yg menghadap solod ikan,kitaorg sume pun tumpang sekaki,hehhehe... maybe ramai yg dh tau cara nk buat ni n maybe jugak ramai yg dok tnya2 lauk ape ni. Ni kirenye kalau sapa yg suka mkn nasi kerabu, ada pakej die dgn solod lada. Solod ikan ni lbh kurangla,Cuma die guna ikan..

Solod Ikan

Bahan-bahan:




5 ekor ikan kembung-dipisahkan isi dr kulit dan tulangnye.
4 ulas bwg merah*
3 ulas bwg putih*
4 biji cili padi*
1 inci halia*
3 genggam kelapa parut
3 sb air asam jawa
Garam, gula, ajinomoto
Daun kari/daun sup

Cara-cara:

  1. Leraikan ikan dari isinya hingga ikan tinggak kulit sahaja spt gambar di bawah.
  2. Tumbuk kelapa parut dan bahan bertanda * hingga lumat. Masukkan isi ikan yg telah dileraikan tadi.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan ajinomoto. Masukkan juga daun kari/daun sup. Tumbuk sehingga semua bahan sebati.
  4. Bahan yang telah ditumbuk tadi diisikan kembali ke dlm kulit ikan tadi spt gambar di bwh. ( jadi bentuk ikan balik)
  5. Goreng hingga masak.


5 comments:

Deliah's Deli said...

salam nas...nnti anta sikit skit bt buka sok...ade lagi ker :D

HALAMANKU said...

Salam wah mimiey akak teringinlah pulok.. x pernak wat c mkn.. kalau solod lada pernah.. selalu wat ikan sumbatni belah belakang ikan n sumbat jek.. semua ikan boleh? nak mintak miey wat buka ptg karang he he he

Mimiey.. (^-^) said...

kak del...
ala,dh habisla kak del,goreng tok sahur tadi...nnt lenklai buat mie anta ye,hehehehhe...

Eliza said...

cicah pulak ngan air asam/sambal belacan power. perghh...

Mimiey.. (^-^) said...

kak eliza
pe lagi kak liza, jom buat...hehehehe...