Monday, August 16, 2010

Ayam Ala Paprik

Macam biasala n3 hari ni adlh menu bebuka kami sekeluarga semalam., Ayam Ala paprik.. yang ni my mum punya style. Kenapa nama dia ayam ala paprik?? Kalau biasa kita tgk org masak paprik, ada sayur semua bagai,guna sos sume tp yg ni sayur xde, sos pn xguna. Xcaya??? Meh kita tgk bahan2 die..

Ayam Ala Paprik

Bahan-bahan:

1/3 ekor ayam-dipotong kecil2
5 ulas bwg merah*
5 ulas bwg putih*
2 btg serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
4 biji cili padi*
3 sb cili kering kisar
1 btg serai-diketuk
5 helai daun limau purut
1 biji bwg besar-dihiris kasar
Air secukupnya
Garam,gula,bahan perasa
Minyak utk menumis

Cara-cara:

  1. Mesin bahan2 bertanda * dgn sedikit air.
  2. Tumis cili kering kisar sebentar dan masukkan bahan yg telah dimesin tadi. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati. Masukkan sedikit air dan gunakan api yg perlahan. Biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan serai, daun limau purut, bwg besar, garam, gula dan bahan perasa apabila ayam hampir masak. Biarkan ia mendidih seketika sehingga ayam benar-benar masak.
* Kepekatan kuahnya bergantung kepada berapa banyak  air yg digunakan. 

No comments: