Wednesday, August 25, 2010

Ayam Ungkep

Semalam masak ayam ungkep lepas dh beberapa hari dok dlm waiting list. Tengok bahan sume ada and semalam xdapat balik kg utk tahlil sebab my dad xleh balik awal,so memang kena masakla utk bebuka. Setelah dikeletang keletungkan peyuk belanga kat dapo tu,maka terhasil la Ayam Ungkep ni. Ni hasil skodeng umah kak Eliza. My little sis ingatkan ambe buat ayam masak merah sebab kaler dia merah,tapi ble die try ,terus dia gelengkan kepala cakap xsame..xsame...pastu makan laju je. Kak Liza,mie cnp je ye...


Ayam Ungkep



Bahan:



1/2 ekor ayam (dipotong 8)
1-2 sb cili kisar
1/2 sk serbuk kunyit
1 keping asam gelugor/keping
Garam dan gulu secukup rasa
Air secukupnya


Bahan ditumbuk:
2 sb ketumbar (disangai dulu)
1/2 sb jintan halus/putih (disangai dulu)
2 cm halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih


Cara:
Tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus. Kemudian, tumbuk pula halia, bawang merah dan bawang putih.


Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis sehingga garing. Masukkan ayam, asam keping serta sedikit air. Renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat (kepekatan kuahnya ala2 rendang gitu).


Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan bolehlah diangkat.


Nota:
Kadang2 akak baling serai ketuk sebatang dlm masakan ni, pong sodapp..

No comments: