Sunday, August 15, 2010

Choco Cheese Muffin

Dah lama x makan kek, hari ni terajin sikit nk membaking,so jenjalanla ke blog2 blogger yg lain. Singgah blog Maklang, nampak muffin2 yang maklang buat best2 je.. tengok2 jenis  muffin tu, nampakla Choco Cheese Muffin. Ingat dlm esbok ada lg sikit cream cheese lebihan buat brownies hari tu, so pelagi keletang keletungla kt dapo tu.. akhirnye siap gak stlh puas bsilat kat dapo tu!!
Jangan persoalkan kenapa muffin ambe xbulat dan cantik mcm Maklang punya. Ingatkan xdela naik gebusss sgt, skali amekk ko!! Kemek muffin ambe sebab naik penuh cup tu,dh terpenyek... penyek pn penyek lah,janji bau die semerbak harum bila masak. Cam biasela, bpaling tadah sikit bab coklat tu..

Choco Cheese Muffin

Bahan-bahan:

200gm choco chip (mklang guna cooking choc.)
100gm cream cheese
80gm butter
2 biji telur size M (mklang guna sebiji utk gred A)
60gm gula
100gm tepung gandum
2sk baking powder



Cara-cara:




  1. Panaskan oven ke 180.
  2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
  5. Masukkan kedalam bekas muffin dan bakar selama 20 minit.

No comments: