Powered By Blogger

Tuesday, August 31, 2010

Donut Mini



Jangan cuba-cuba ingt ambe saja nk eksen kelantan banyak stok gula ye!!! Dan jangan terlintas ambe suka makan manis yg kawkaw punya ye!!!tidak...tidak... tu sebenarnya selepas behempas pulas menggolekkan donut tu dgn gula tapi still xmelekat jugak.. haissshhhh... las skali ku curahkan gula gula tu sume ats donut,hambek kau!! Ambe guna donut punya cutter tp comey-comey je bentuk dia.. Nama pun donut mini,memang mini  btl i tell u. Cinonet je bentuk dia. Amek umah Kak Ummi Kuantan resepinya.. Kak Ummi, halal ye cnp kt sini...

Donut Mini
Bahan:- (15 biji donut mini)


  • 200 gm tepung roti


  • 20 gm gula


  • 1/2 tsp garam


  • 1 tsp yis kering


  • 140 ml susu segar


  • 20 gm butter


  • minyak masak untuk menggoreng


  • powder sugar/gula aising - untuk tabur
Cara Membuat:-


  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.


  2. Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.


  3. Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.


  4. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)


  5. Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.


  6. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.


  7. Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe


  8. Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.


  9. Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.


  10. Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. Boleh juga dibuat aising donut seperti di bawah...ampuuuunn, Ummi mmg malas la nak buat ni..hehe, maybe next time..
Aising Donut:-


  • 4 sudu besar gula aising - ayak


  • 1/2 sudu besar air
Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands.





No comments: