Thursday, August 26, 2010

Kuih Rengas@Kuih Kacang Hijau@Kuih Kasuari

Kuih ni kitaorang panggil kuih kasuari. So bila nk try buat resepi ni,memang rintangan jgkla nk cari resepi ni sbb xtau org laen panggil kuih ape.. Las2 mase merayau umah kak Inahar, nampakla kuih ni and taula bahawasanya kuih ni dipanggi kuih rengas. Macam nk melompat rasa bila dpt resepi ni (toing toing!!). 
Sebenarnya kuih ni my dad yg request. Dah lama dia request nk mkn kuih ni tapi baru leh buat. Slalunye kalau cari kt kedai susah bebeno nk jumpanye. Kalau dpt jumpa memang kira rezeki la tu.. Papepun,Akhernya terhasilla sudah kuih rengas ni. Buat skali dgn ayam ungkep hari tu.Buat pun kecik2.comey2 je,senang nk mkn!! Dua kali ngap dh selesai sebijik.. Kak Inahar, mintak ijin nk cnp ye... Ambe ubah sikit je


Kuih Rengas@Kuih Kacang Hijau@Kuih Kasuari




Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/3 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)

1/3 cawn gula melaka
 3 s/b kelapa parut muda [putih saja]
3 s/b tepung gandum
Bahan Batter [Gorengan] 
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara 
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.

No comments: