Powered By Blogger

Sunday, August 29, 2010

Sagu Gula Melaka


Asyik dok tengok umah sana sini buat sagu ni dan sume pakat puji sedap, maka dengan semangat yg penuh membara g la beli sagu yg warna merah tu. petang tadi buatla projek pencuci mulut yg mudah ni.. Oleh kerana baru nk ngetes bakat buat sagu ni, maka dengan penuh tawakal dan rendah diri (chewahhhh!!!!) statla buat. Alhamdulillah jadi tapi buat sikit jela dulu.. Lepas trawih tadi kami sefamily dok ngadap la sagu ni. My dad prefer makan dgn susu cair dari santan. Xkesahla mane2,janji sodap!!!


Ambe try resepi Kak Rinnchan tapi ambe letak ais sikit dan kebetulan ade buah stoberi  dlm esbok tu, ambe bagi die jadi model jap.. Pastu ngap!! Sedap gak makan sagu dgn buah stoberi,ngeh3....


Kak Rinn,mintak ijin ye nk cnp kt sini...


Sagu Gula Melaka


BAHAN-BAHAN:

500gm sagu biji
Air untuk merebus sagu
Seketul gula Melaka
Semangkuk air
2 sudu makan gula pasir
1 mangkuk santan
Secubit garam
Daun pandan 



CARA-CARA:

1. Didihkan air. Sedikit demi sedikit masukkan sagu biji dan kacau.
* Boleh beli sagu biji yang sudah siap berperwarna hijau atau pink. Sekiranya menggunakan sagu biji yang putih, bolehlah titiskan sedikit.pewarna hijau atau merah. Kacau di atas api sederhana hingga kesemua sagu kelihatan kembang dan jernih warnanya.
2. Tapis dan bilas sagu supaya hilang kanjinya. Ketepikan seketika dan tuang ke dalam bekas pilihan.
3. Panaskan semangkuk air dan masukkan gula Melaka dan gula pasir serta daun pandan. Kacau atas api hingga larut. Tapis.
4. Panaskan santan dgn secubit garam. Guna api kecil sehingga agak mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Hidangkan sagu bersama santan dan kuah gula melaka tadi. Lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu. 

No comments: