Sunday, August 15, 2010

Muffin Choc. Custard

Since buat muffin resepi Maklang tadi dpt sikit je, g la jenjalan umah kak Izah yg suka muffin tu, nampakla Muffin Choc. Custard. Godek punya godek, masakla muffinku!! Tapi yg ni xsegebuss yg tadi.. xpelah,janji bau die pn semerbak penuh ruang dapo. My sis yg kecik asyk ulang alik msk dapo dok intai dlm oven tu. Siap tanya lg lama lg ke nk bebuka,dia dh xsabar nk mkn.. banyak gakla dpt,dlm 12 bijik. Hantar umah maksu ku kt depan tu sikit,bolehla die sekeluarga merasa.. tapi xdela naik segebu kak Izah punya. Nampak gaya kena menuntut lg ni..  yang ni pun ambe ubah sikit bahan2nye.


Muffin Choc. Custard


Bahan-bahan:





Bahan A
110 ml air
3 sudu besar serbuk coklat
50 gm gula merah- ambe ganti dgn gula biasa
25 gm tepung jagung

Bahan B
50 gm butter
25 gm minyak sayur
1 sudu kecil essence vanilla
65 gm dark chocolate
1 biji telur
50 gm gula
75 gm tepung sebaguna (saya guna tpung gandum)
1 1/2 sudu kecil baking powder



cara-cara:





  1. Satukan semua bahan bahan A kemudian panaskan di atas api perlahan sehingga adunan licin (jadi macam paste).
  2. Tutup api dan kemudian masukkan butter dan dark chocolate kacau sebati dan bersatu.
  3.  Masukkan pula minyak, gula, telur dan essence vanilla. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati.
  4.  Masukkan tepung dan kacau dengan spatula. Cedukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 20 minit
  5. . Boleh dihiaskan dengan badam di atas adunan muffin sebelum dibakar.






No comments: