Udang Twist
Bahan-bahan
· 500 gm udang
· 4 sb jus limau kasturi
· 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
· 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
· 1 sk cili kering kisar
· 2 sk bwg blend
· 2 sb cili padi yang dicincang
· 2 sb cili sos
· 2 sb sos tomato
· 2 sb sos tiram
· 1 sb sos plum - xde ganti cuka 1sk
· 1 sb gula
· garam secukup rasa
· sedikit lada sulah
· 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
· 200 ml air
· 3 sudu besar minyak
Cara-cara:
UDANG :-
- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang dan jus limau kasturi.
- Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN SOS :-
- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi,cili kering kisar dan bwg blend.Kacau dan masukkan bahan2 sos tadi.
- Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
- Kacau hingga sosnya agak pekat dan masukkan udang,sebatikan. Siap.
2 comments:
salam mimi...owh,memandai tukar nama ni...lepas rocknroll..twist..pastu agogo...then disco..cayalah!nak skit-ngeee
hehehehhhehe.....blh2,mehla anto pinggan
Post a Comment