Powered By Blogger
Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Ikan Bilis Goreng Cili Padi dengan tempoyak...

Quick update...
Resepi Kak Anim...
Bahan-bahan:
  1. 2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
  2. 25 ulas cili padi* - ambe letak separuh
  3. 1 labu kecil bawang besar*
  4. 1 ulas bawang putih*
  5. bahan2 bertanda * di kisar kasar
  6. 11/2 senduk makan tempoyak
  7. minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
  • Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
  • Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
  • Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..

Thursday, February 17, 2011

Sambal Ikan Bilis Kak Jun

Jangan mintak ye sebab ini menu manyak lama dok dalam waiting list tunggu time nak enterprem kat sini...akhirnya...petang ini terenterpremla dirinya d sini...sambal ikan bilis ni sedap tapi ambe still kena improve lagi skill buat sambal ikan bilis ni... Ni amek umah Kak Jun...nak potpet banyak2 pn tarak idea, kena g cari idea dulu d meja makan sana....chowww..

Bahan-bahan:

  • 150 gm ikan bilis sudah disiang
  • 50 gm ikan bilis utk diblender bersama bawang
  • 4 biji bawang besar (3 biji diblender, 1 biji lg di potong2 aje)
  • 3 sudubesar cili giling (ikut kepedasan di sukai)
  • belacan sebesar ibujari
  • 1 keping asam
  • garam
  • gula
  • perisa jika suka
  • minyak



Cara-cara:

  1. Mula2 blend bawang,ikan bilis dan belacan. Panaskan minyak then goreng bawang besar potong dulu sampai keemasan warnanya dan ketepikan.
  2. Then goreng pulak ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Lepas tu menggunakan minyak yg masih dlm kuali tu utk menumis bahan2 kisar td sampai naik bau,kemudian masukkan cili giling.tumis sampai garing.
  3. Lastly masukkan ikan bilis dan bawang yg telah digoreng, garam,gula,asam keping dan perisa. Tumis sebentar, kalau pekat sgt tambah air sikit..

Wednesday, February 2, 2011

Sambal Ikan Bilis Kak Love

2 3 hari ni memang kejenye masukkan n3 draft  yang dah bersusun dalam dashboard tuh.. So, untuk sehari 2 ni layan jela ye menu yang dah lama dibikin ni. Dah masuk Indah Water pun..hhehehhe... sambal ikan bilis Kak Love ni memang sedap, kena ngan selera penghuni umah ni...tapi 2la, ambe still xpass lagik nak buat sambal bilis ni cam orang lain buat..tengok Kak Love ngan Kak Ayu buat...makk aiihhh...kecur liur... lenkali akan buat lagi smpai jadik cam Kak Love n Kak Ayu buat..

Ingredients :
  • 1 cup of cleaned anchovies
  • 10 pcs dried chillis * (soak in hot water first, drained)
  • 5 shallots *
  • 3 cloves of garlic *
  • 1 cm shrimp paste (belacan) *
  • 1 large onion ~ sliced into rings
  • 1 stalk of lemongrass ~ slightly crushed (optional)
  • 2 tbsp of tamarind juice (adjust to ur taste)
  • sufficient amount of water ~ (add more if u prefer the sambal abit watery)
  • Salt and sugar to taste
  • Cooking oil
Cooking method :
  1. Blend smooth the ingredients marked *.
  2. Heat oil in a wok. Fry the anchovies till crispy. Leave it aside.
  3. Now stir-fry the blended ingredients together with lemongrass till fragrant. Make sure the oil floats...
  4. Add some water and stir awhile. Add onion rings, tamarind juice, salt n sugar. Stir and give it a boil.
  5. Finally, add the fried anchovies. Mix well and turn off the flame.
  6. Ur Sambal is ready to be served with Nasi Lemak/ plain rice/ bread!

Thursday, December 23, 2010

Sambal Kicap Ayam

Lauk ayam ni dilawankan dengan sup tauhu telur semalam. Memula ingat nak masak ayam masak merah je tapi rasa bosanla pulak kalau asyik buat ayam masak merah je.. G jenjalan S'pore umah Kak ayu jap, amek idea ape kak ayu buat dengan ayam2nye... tengah2 menggodek nampak cam best je tajuk die, sambal kicap ayam. Kata kak ayu, ni kombinasi antara sambal tumis ayam dengan ayam masak kicap. 


Memang sedap tambah lagi ada bau daun limau purut dalam dia. Masa tengah masak tu, wangi je daun limau perut semerbak... Sume makan bertambah semalam. Memang meletopla!!!! Sambal kicap ayam lawan dengan sup tauhu telur...sendirik mau ingatla...hehehheh



Bahan-bahan:
500 gm ayam
1 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tomato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

Bahan Mesin:
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara-cara:
Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak . Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. Masakkan sehingga naik minyak.Hidangkan

Sunday, December 19, 2010

Tofu Telor Masak Sambal Pedas Tomato

Antara menu makanan tengah hari ni selain gulai ikan aya.. Gulai tu kedai made je bukan homemade.. Semalam masa tengah pusing2 kat kawasan tauhu, nampak tofu telor yang dipack 3 paket dalam 1 bungkus besar. Sambarla sebungkus sebab terlintas nak buat yang macam Kak Ummi buat beberapa hari lepas...


Ambe memang suka tofu telur ni tapi kat umah ni jarang-jarang beli sebab penghuni yang lain kurang gemarr benda nih. so kalau buatpun memang ambe sorang jelah yang tukang menghabiskannya. Belajar makan tofu telur ni masa memula masuk uitm,sebelum tu memang xpernah kena deria rasa ambe ni. Masa memula tengok romate makan tofu ni, pelik pun ada.. kembang semacam pun ye jugak. Yela, lembik semacam je bentuk dan ropenya.. Tapi bila dah stat makan, sedap rupanya!! Sejak tu, pantang nampak kat kedai makan memang yang tu ku sambar.. 


Tapi ambe skip tang nenas tu sebab nenas tarak kat umah ni.. Korang layan ye gambo tu, ambe nak g mengadap lunch jap.. jom makan!!!


Bahan-bahan:-
  • 3 paket tofu telor (telor jepun)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar - didadu halus
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji tomato (saiz sedang) - dikisar dengan 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 biji nenas - dihiris kecil-kecil - ambe xletak,xde stok
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dipotong baji 6 bhg.
  • minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Potong tofu kepada 1 inci tebal. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam non-stick pan dan goreng hingga berkulit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Buangkan sedikit minyak, dan tinggalkan lebih kurang 3 - 4 sudu besar minyak tersebut dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan cili kering kisar, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato kisar dan kacau-kacau sebentar.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan nenas dan biarkan lembut sedikit.
  7. Masukkan potongan tomato dan tofu, kacau balik perlahan-lahan biar mesra sekejap sahaja.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Thursday, December 16, 2010

Bendi Bersambal

Yang pertama-tamanya, ambe nak ucapkan selamat berbuka pada sesape yang berpuasa hari ini.. Kami 1 family pun puasa jugak. Sayur kat bawah ni salah satu menu kami maghrib tadi. Manis masin pun agak2 je tadi, yelah pose mana leh nak try2..kang batal rugila pahala hari ni.. Dahla sape yang puasa hari ni dapat pahala banyak..


Punyala lama resepi terperuk sebab xberjodoh dengan bendi. Asyik xjumpa je si bendi ni.. Konon2nye xnak derhaka la guna bahan lain sebagai ganti, tapi sebenarnya sebab dah jatuh chenta tengok yang Kak Nor punya, ambe tahan jugak hasrat nak buat sampai jumpa si bendi ni. Alih-alih pagi tadi jumpa. Bolehla buat.. Sambal dia memang sangat sedap, ambe saje buat lebih sebab nak simpan. Senang nak makan dengan benda lain..Jom layan resepi... Kak Nor, mie panjangkan kat sini ye..


Bahan-bahan:
13 biji bendi
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam
gula
minyak

Bahan diblend:
2 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato -xde stok, ambe ganti 3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering ~ direndam

Cara-cara:

  1. Celur seketika bendi dlm air yg dididihkan (masukkan beberapa titik minyak dlm air)
  2. Angkat dan rendam dlm air utk memberhentikan proses masak), kemudian toskan.
  3. Panaskan minyak dan tumis cili mesin hingga garing.
  4. Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng lg hingga kering sedikit.
  5. Masukkan kicap dan sos tiram dan air.
  6. Masak hingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Hati2 bila masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr udang kering, kicap dan sos tiram.
  7. Masak hingga garing dan hidangkan atas bendi yg dah disusun atas piring.
  8. Hidangkan panas2.

Sunday, November 14, 2010

Sambal Sotong


Kebetulan ada beberapa keping lagi sotong ni dalam esbok yang dah lama dok bertapa dlm tu. Agaknye kalau orang yang g bertapa, dah cukup kot ilmu d dada.. Bawal masak  laprik tadi xde kuah, so ambe buatkan la sambal sotong ni. lagipun kedua-dua adikku itu sangatla gemarkan sotong keping ni. Base sambal ni ambe guna resepi Kak Ros, cili kisar tumis segera.. Memang sangat mudah bila ada cili kisar ni. Buat banyak2 then simpan dlm peti. Bila nak guna, juz keluarkan dan boleh terus guna utk ape-ape kegunaan. 


Kat bawah ni ambe sertakan resepi Kak Ros nak buat cili kisar ni, then ambe letak jugak cara nak buat sambal sotong ni in case ade sesape berminat nak try n utk rujukan sendiri d hari muka..




Cili Kisar Tumis Segera


Bahan-bahannya:


20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar- dihiris kasar
5 ulas bawang putih- dihiris kasar
2 inci belacan (x letak pun takpe)
secubit garam
1/2 sudu besar gula
Air masak secukupnya
1 sudu besar minyak masak.


Cara-caranya:


1. Gunting atau potong cili kering beberapa bahagian dan rebus sebentar, sehingga mendidih, setelah siap direbus angkat dan toskan.


2. Letakkan cili kering yang siap direbus tadi, ke dalam pengisar dan masukkan air masak, jangan gunakan air yang belum dimasak ataupun air paip, kalau guna air yang belum di masak, cili kisar tumis ini akan cepat rosak atau basi, paras air tu agak-agak lah ye, jangan letak banyak sgt, kiranya 3/4 dari kuantiti cili kering tu.


3. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, belacan, minyak masak, gula dan garam, kisar hingga hancur. akhir sekali curahkan dalam bekas dan jika cili masih suam, sejukkan, biarkan sebentar pada suhu bilik, akhir sekali tutup kemas, dan simpan di dalam peti ais.


4. Cara menggunakan cili kisar tumis segera, jika ingin membuat sambal, ambil dua atau tiga sudu cili kisar dan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan sotong, udang atau ape jua bahan yang anda ingin jadikan sambal dan masak seperti biasa,  senang, mudah dan menjimatkan masa



Sambal Sotong


Bahan-bahan:


300 gm sotong keping - potong kepingan kecil dan rebus sekejap
3 sb cili kisar tumis segera
2 sb sos cili
1 sb sos lada hitam
1 cawan air
2 sb air asam jawa
1/2 garam
1 biji bawang besar - potong bulat


Cara-cara:



  1. Tumis cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan sos cili dan sos lada hitam. Kacau hingga terbit minyak. 
  2. Masukkan air dan air asam jawa. Kacau hingga sebati dan masukkan sotong keping tadi. 
  3. Perasakan dengan garam dan biarkan sotong mendidih sekejap sebelum masukkan bawang besar. 
  4. Kacau sekejap hingga masak dan bolehla dihidangkan.






Saturday, October 30, 2010

Sambal Belacan

Sape kenal benda yang ada dalam mangkuk kt bawah ni,angkat tangan...... Akanku hadiahkan semangkuk makanan ini kepada pemenangnye...... wakakkakakaka.....Xdela,memain je.. Ni sambal belacan my mum buat tadi. Saje la nk share dengan sume orang sambal belacan ni... Mesti korang leh bayangkan betapa nikmatnya makan nasi panas beserta ulam-ulaman dicicah dengan sambal belacan ni...walllaaaaa....

Ni style my mum buat sambal belacan. Memang melotoppp!!!! Lain orang lain caranye.. Ambe punya style??? Tarak...tarak..... Kalau nak makan sambal belacan, either beli atau my mum buat. Akan dicuba jugak asah skill buat sambal belacan ni tapi bila....... Biarla rahsia....


Bahan-bahan:


4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
sedikit belacan* (dibakar selama 2 minit)
segenggam cili padi - nak lebih pedas,letak lebih
Sedikit air
Sedikit gula melaka
Sedikit garam
3 sb jus limau kasturi
1 biji limau kasturi - dihiris kulitnya 


Cara-cara:



  1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan dengan sedikit air sehingga lumat.
  2. Masukkan gula melaka, garam, jus limau kasturi dan hirisan buah limau kasturi kedalam adunan yg telah diblend.
  3. Kacau rata dan siap!!

Thursday, October 14, 2010

Sambal Simple

Sambal ni buat semalam sambil2 masak ikan 3 rasa tu. Saje je buat sebab nk try,bahan2 die pun simple je.. Sebab 2la kot ia diberi nama sambal Simple. Sambal ni kata kak CM leh buat sambal ikan bilis,makan dengan bihun goreng pun ok gak.. Ambe semalam buat cicah dengan bendi celur. Meh kita layan!!! Mintak ijin ye kak CM nk cnp kt sini...


Merah makngah tul sambal aku ni,hmmmmm...




Bahan-bahannya:
200 gm ikan bilis.
1 labu bawang besar.-potong bulat
15-20 ulas bawang merah.
sedikit belacan
10 tangkai cili kering.
1/2 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:



  • Cili kering dibuang biji dan di masak dengan air hingga lembut/kembang-toskan
  • Ikan bilis digoreng hingga garing-toskan.
  • Blend cili kering,bawang merah dan belacan hingga hancur.
  • Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi tumis  bawang besar hingga layu baru masukkan  bahan-bahan kisar dan masak dengan api yang perlahan..Jika perlu masukkan sedikit air dan masak lagi hingga sambal betul-betul masak.Masukkan gula pasir,gula merah secukupnya.
  • Kemudian masukkan asam keping.Rasakan masin dan manisnya biar betul-betul seimbang.
  • Siap untuk dimakan bersama nasi lemak atau bihun goreng atau untuk tumisan nasi goreng.Selamat mencuba:)

Tuesday, September 28, 2010

Sambal Telur Pecah

Dah lama tringin nak makan sambal telur camni tapi asyik tertangguh je kejenye. Sejak nampak kat umah Abang CMG,terus pasang niat nak buat. Kalau niat pose,agaknya dah lepas 2 3 ari pose selesai.. Xlama lepas tu,nampakla pulak Kak Hana buat sambal telur ni,lagila berkobar2 rasa d jiwa nak buat.. Las-las,semalam buatla sambal ni.. Wa cakap lu,sedap wooo!!!! Bila dah lame xmakan sambal telur,memang menambah2 nasi bila makan ni..hhehehhe...


Maapla gambar still not in good quality,waaaa....
BAHAN-BAHNNYA :

5 biji telur gred C (atau telur gred B)
1/2 biji bawang besar
*
2 ulas bawang putih
*
1/2 inci belacan
*(*ditumbuk lumat)
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 hirisan nipis halia
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan halia, tumis hingga garing, masukkan garam dan gula secukup rasa. Tuang jus asam jawa dan juga air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Perlahankan api pada kadar paling kecik. Pecahkan telur satu persatu dalam kuali, pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain.
  3. Masak dengan api perlahan selama 15 - 20 minit atau hingga telur mengeras secara perlahan. Kemudian kacau perlahan2. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga bawang lembut dan sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

Tuesday, September 7, 2010

Sambal Kentang

Dah lama sebenarnya tringin nak buat sambal kentang ni. Pernah buat b4 ni tapi xjadi2..sejak tu makan yang beli je. Arini terasa nak makan air tangan sendiri,so godek2la dapo Kak Hana,jumpala sambal kentang ni.. Keletung keletang kat dapo kejpa n akhirnya siap gak sambal kentang ambe. Bukak puasa tadi memang puas hatila dpt meratah sambal ni...tapi ambe xletak ikan bilis la...






Bahan-bahan
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)- hana ltk gula
  • hana tmbh bwg besar hiris dan air asam jawa skit.
  • Minyak utk menggoreng & menumis
Cara-cara
  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang.

Friday, September 3, 2010

Sambal Udang


Yang ni resepi hasil jenjalan kat umah kak Yatie. Tengok cam best je menu, pe lagi terus try.. Rasanye???? Sesape yang xpose meh dipersilakan try dengan nasi panas2, tapi oleh kerana seisi umah ni pose maka proses try nye maghrib karangla ye.. Ambe tambah sikit ye bahan-bahannye kak Yatie. Mintak ijin nie..


Bahan-bahan.
* 500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit belacan*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
* minyak masak - untuk menumis

2 sb sos tomato
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa


Cara-cara


  1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
  3. Tumis sebentar sahaja, masukkan bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Monday, August 2, 2010

Sambal Terung

Oleh kerana nk habiskan terung yang terkontang kanting sebijik diri dlm esbok tu, maka terhasil la sambal terung ni.. Buat simple2 je....

Sambal Terung


Bahan-bahan:
Terung
bwg blend
Cili kisar
Belacan
Garam,gula
Jus limau kasturi


Cara-cara:

  1. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
  2. Tumis bwg blend dan cili kisar sampai garing. Masukkan belacan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Perah limau kasturi sebelum dihidangkan. Siap!

Thursday, July 29, 2010

Sambal Tumis Bilis

Request adik bongsu b4 die g skolah td nk mkn sambal tumis bilis. So me n my mum keletung keletangla kt dapo buat sambal tumis bilis. Tapi arini buat versi santan sbb adik bongsu tu suke mkn yg bsantan sikit2..
So,menu rini sambal tumis bilis + ayam goreng je.cukupla tu buat kenyang perut.. air buat air camon jela. Dh siap pn dlm peti,tgg teguk je.. meh kite layan resepi kt bwh ni..chawcinchaw...

Sambal Tumis Bilis




Bahan-bahan:
Ikan bilis – ikut suke nk byk mane
1 1/2 cwn santan 
6 sb bwg blend
4 sb lada kering kisar
3 sb jus asam jawa
1/6 keping gula melaka
Air secukupnya
Garam, gula
Ajinomoto
Minyak utk menumis

Cara-cara:
  1. Tumis bwg blend dan cili kering kisar sampai garing. Masukkan santan dan biarkan sampai mendidih.
  2. Then, masukkan jus asam jawa,gula melaka dan air. Biarkan seketika sebelum dimasukkan ikan bilis.
  3. Perasakan dgn garam, gula dan ajinomoto. Siap!!!