Powered By Blogger
Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Kerabu Tomato DTS..

Kerabu tomato yang agak pucat warnanye sebab xde daun hijau yang boleh dimasukkan sekali.. ingat nak letak daun kesum sebab Abang mat letak, tapi oleh kerana daun kesum hidup segan mati xnak baru nak hidup balik, so ku batalkan niat murni iteww..Dalam proses nak menyah lemak menjaga kesihatan, kerabu tomato ni memangla sangat sesuai di samping menjaga kemulusan kulitku..hehehheh...hasil skodeng umah Abang mat, telah ku panjangkan di sini pada sesiapa yang nak menerai..

Bahan-bahan:
  • 3 biji tomato - ambe guna 6 biji
  • 100 g ikan bilis yang telah dibersihkan
  • 3 biji limau kasturi, ambik jusnya
  • 1 camca besar gula
  • 50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar - ambe guna 2 btg serai
  • 1/4 biji nenas - ambe tambah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)*
  • 5 biji cili padi hijau*(*dihiris)

Cara-cara:
  1. Tomato dihiris kasar, ikan bilis dicuci, toskan dan goreng garing, angkat dan toskan. Dalam satu bekas, satukan tomato, bahan hiris, daun pudina (daun kesom) gula dan jus limau kasturi, gaul rata. Tambah garam secukup rasa. Taburkan ikan bilis sebelum dihidangkan bersama nasi putih sebagai pembuka selera.

Monday, November 8, 2010

Kerabu Mangga

Yang dok berjalur-jalur kat bawah ni ambe buat nak dilawankan dengan nasi beriani dan ayam masak merah semalam. Ada yg dah kecur liur??? Ambe yang dok menaip ni pun dah terasa nak buat lagi,heehhhehe... Memang syiok habis!!!! Mangga ni ada jiran sekitar umah bagi dalam 2 3 bijik yang xmasak lagi, so ambe buatla kerabu mangga ni. Saja nak tukar selera sekali sekala. Asyik acar timun je makan dengan nasi perisa pun jemu gak, so sekali sekala tukar menu ape salahnya.


Dapatlak mangga yang muda belia lagila sedap!! Cili padi kasi banyak dan kasi tenyeh sama dia, kasi pedasss berapi...memang berasap telinga tu... Tapi kerabu mangga ni lagi pedas lagi laju tangan menyuap. Ambe perahkan sikit limau kasturi dan rasanye........ lagiii peerrrggghhhhh...Korang layan jela gambonye ye.. Ni amek umah Kak Ede tau..layannn


Bahan-Bahan
  • 2 biji mangga muda - di sagat (parut) kasar
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • 1 batang serai - mayang
  • 3 biji cili api - mayang
  • 1 sudu cili serbuk kasar - xletak
  • 2 biji limau kasturi - amek jusnye (ambe tambah)
  • Sedikit ikan bilis goring - untuk tabur atas kerabu mangga
  • Garam, gula secukup rasa
>>>>>campurkan kesemua bahan2 dan gaulkan atau sebatikan.. letakkan bahan perasa secukup rasa... dan akhir skali baru letakkan ikan bilis goring... cepat di buat sedap di makan sebagai menu tambahan pembuka selera... hihihi

Tuesday, August 17, 2010

Kerabu Pucuk Paku

Macam biase,n3 semalam.. Tapi pehal summe benda dlm gambo tu hijau?? Cili merah xde,itu yg guna cili hijau buat enterprem kt ats tu.. Xpelah,janji kusuka kerabu ni!! Kat umah ni,kalau buat Kerabu pucuk paku ni sekali hadap je,xdan dah nk simpan buat mkn lenkali.. Sesape yg rase nk try buat,jom tgk care die kt bwh ye..


Kerabu Pucuk Paku




Bahan-bahan:
3 ikat pucuk paku-dipotong pendek2,dicelur sekejap dan toskan
Taugeh-dicelur sekejap dan toskan
1 btg timun-dihiris like ulam
3 ekor ikan kembong-rebus dan ambik isinya
5 ulas bwg merah*
5 ulas bwg putih
20 biji lada hitam*
1/2 cawan kelapa parut-jemur dan goreng hingga keperangan
6 sb budu
3 biji cili padi-dipotong halus
Garam,gula
1 biji limau nipis
1/2 labu bwg besar-dihiris halus


Cara-cara:
Tumbuk lada hitam hingga hancur,then baru tumbuk bwg merah dan bwg putih hingga lumat. Then, masukkan isi ikan.Tumbuk lagi hingga semua serata.
Masukkan garam dan gula. 
Campurkan bahan yg ditumbuk tadi dgn kelapa parut yg telah digoreng, pucuk paku,taugeh, cili padi dan timun. Masukkan budu dan perahkan limau nipis. Seratakan.
Hiaskan dgn bwg besar yg dihiris halus dan potongan limau nipis.

Sunday, July 25, 2010

 Arini chef beso xdan nk masuk dapo,so haku la sbg chef ass kna tnjuk skill..pe lagi,on lappy trs msk blog sape2 yg ade buat udang sehari 2 ni..jelajah punya jelajah nmpkla dapo kak Dayang Jack ni buat Udang Goreng Bersos..nengok bahn sume main campak,pe lg..kelekung kelekangla kt dapo 2..huhuhuhu..kak Dayang,mintak halal ye resepi ni nk cnp...bpaling tadah sikit dgn resepi..
n3nye malam karangla..time2 mendung nk ujan ni,slowla plk brodband ni..


Udang Goreng Bersos


















Bahan-bahan : anggaran
  • 400 g udang basah (dibersihkan, gaul dgn sedikit kunyit,garam n serbuk lada hitam, kemudian digoreng hingga masak) 
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 6 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk - saya hiris halus je)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • sedikit hirisan cili benggala
  • sedikit jus limau kasturi
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili api, sos tiram, daun limau purut dan bahan-bahan selebihnya. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau dan biarkan ia mendidih. Jika kurang masin dan manis boleh tambah garam atau apa2 yg patut. 
  4. Setelah kuahnya masak, tutupkan api dan masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.

* sos tomato saya bkecuali.Almaklumla payah sgt nk ade kewujudn sos tomato kt umah ni..

Kerabu Tomato













Kerabu tomato ni hasil stlh jln2 di myR kak Hana Jepun tu..tp bpaling tadah gak sbb campur mangga muda..lg kawww rase die!!


3 biji tomato (hiris ikut suka)
2 bijik mangga muda (mayang)
1 btg serai (hiris)
1 inci halia (mayang)
4 bijik cili padi (hiris)
1 labu bwg besar (hiris)
garam
gula
jus limau kasturi


Gaul semua bahan2 yg dihiris dn dimayang.sebatikan dgn gula,garam dan jus limau kasturi.
Siap untuk dihidangkan

Kangkung Goreng













Ni main campak2 je....


1 ikat kangkung
1 labu bwg besar *
3 ulas bwg putih*
3 ulas bwg merah*
2 bijik cili padi (hiris )
Gula
Garam
Kicap
Sos tiram 


Cara-cara
Blend sume bahan bertanda * then tumis smpai garing.
Masukkan gula,garam,sos tiram dan kicap
Masukkan cili padi dan kangkung.goreng sampai kangkung agak2 layu.
Kalau suka yg agak berkuah,blh masukkan air sikit
Siap untuk dinikmati..