Powered By Blogger
Showing posts with label Tauhu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Sup Tauhu Telur

Taufu telur ada sebungkus lagi baki buat tauhu sambal hari tu. Ilang idea nak buat ape dengan sebungkus tu. Ingat nak biarkan je dulu sebelum topup dengan yang lain. Tapi tadi jenjalan umah Kak jun tengok2 Kak Jun pun buat sup dengan sebungkus je taufu telur tu... toink..toink....nak buat cam Kak jun gak la sebab dah lama xmakan sup camni. Dulu masa blaja memang selalu la makan sup ni sebab ambe ngan kengkawan panggil sup ni sup jimat. Yelah, time2 ujung bulan memang sume berjimatla tang duit..pilihan paling tepat selain telur, sup ni la...hehehheheeh...


Memang sangat sedap sup nih!! Siap masak tadi terus dok tercongok d meja dok menghirup kuah. Isi simpan nak makan nasi kejap lagi,ngeh3... Ambe kalau sup yang ada sayur camni suka letak sos cili sikit bagi rasa pedas sos cili,pastu hirup panas2...peerrrgggghhhhh....nikmatnya!!Kak Jun, mie panjangkan resepinya ye...



Bahan-bahan:
1 tauhu telur - potong enam
carrot - potong ikut suka
kubis
cendawan shiitake-rendam n hiris -xletak, xde stok
1 biji telur gred C
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit tepung jagung
air secukupnya
garam
pepper
daun sup n bawang goreng
sedikit suhun

bahan tumbuk/hiris:-
1/4 bawang bombay-dadu
1 ulas bawang putih
sedikit halia

Cara-cara:
Tumis bahan hiris dengan sedikit minyak. Masukkan air dan biarkan air mendidih. Masukkan semua sayuran yang disukai dan masukkan tauhu telur. Masukkan tepung jagung, garam serbuk lada hitam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan telur. Kacaukan sekejap dan biarkan hingga telur masak. Padam api dan hidangkan dengan nasi putih...

Sunday, December 19, 2010

Tofu Telor Masak Sambal Pedas Tomato

Antara menu makanan tengah hari ni selain gulai ikan aya.. Gulai tu kedai made je bukan homemade.. Semalam masa tengah pusing2 kat kawasan tauhu, nampak tofu telor yang dipack 3 paket dalam 1 bungkus besar. Sambarla sebungkus sebab terlintas nak buat yang macam Kak Ummi buat beberapa hari lepas...


Ambe memang suka tofu telur ni tapi kat umah ni jarang-jarang beli sebab penghuni yang lain kurang gemarr benda nih. so kalau buatpun memang ambe sorang jelah yang tukang menghabiskannya. Belajar makan tofu telur ni masa memula masuk uitm,sebelum tu memang xpernah kena deria rasa ambe ni. Masa memula tengok romate makan tofu ni, pelik pun ada.. kembang semacam pun ye jugak. Yela, lembik semacam je bentuk dan ropenya.. Tapi bila dah stat makan, sedap rupanya!! Sejak tu, pantang nampak kat kedai makan memang yang tu ku sambar.. 


Tapi ambe skip tang nenas tu sebab nenas tarak kat umah ni.. Korang layan ye gambo tu, ambe nak g mengadap lunch jap.. jom makan!!!


Bahan-bahan:-
  • 3 paket tofu telor (telor jepun)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar - didadu halus
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji tomato (saiz sedang) - dikisar dengan 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 biji nenas - dihiris kecil-kecil - ambe xletak,xde stok
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dipotong baji 6 bhg.
  • minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Potong tofu kepada 1 inci tebal. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam non-stick pan dan goreng hingga berkulit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Buangkan sedikit minyak, dan tinggalkan lebih kurang 3 - 4 sudu besar minyak tersebut dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan cili kering kisar, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato kisar dan kacau-kacau sebentar.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan nenas dan biarkan lembut sedikit.
  7. Masukkan potongan tomato dan tofu, kacau balik perlahan-lahan biar mesra sekejap sahaja.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Saturday, November 6, 2010

Tauhu Goreng Belacan



Yang ambe janji pagi tadi nak pamer tok next n3 tu kena postpone dulu ye sebab nak tayang gambo makanan merangkap menu lunch tadi. Semalam tengok Kak Eliza buat, macam syok je kalau dpt makan camtu gak. So masa bakar tauhu semalam, ambe tinggalkan 3 keping tok buat menu ni. Memang xmengecewakan.. memang ngam makan dengan ikan bakar dan sambal belacan. Macam Kak Eliza cakapla, sape yang suka makan tauhu kena try this.. 


Sumber asal : Kak Dayang


Bahan:
2 keping tauhu (dipotong dadu dan goreng separuh masak)
2 batang kacang panjang (dihiris) - xde,ambe ganti dgn lada benggala
6 ekor udang basah
1 sb cili kering kisar
1/2 inci belacan bakar (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji cili padi (ditumbuk)
1 sk jus limau kasturi
Garam dan gula

Cara:
Tumiskan bahan tumbuk dan cili kering kisar hingga garing. Masukkan udang dan kacau separuh masak. Masukkan kacang panjang dan tauhu yg sudah digoreng tadi.

Kacau bagi serata semuanya. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali, perahkan limau kasturi.