Powered By Blogger
Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Udang Masak Rica-Rica



Mari kita berwaka-waka!!!!Eh,salah..berica-rica.. Rica rica..eh..eh... wahahhahahahhah...Dahla wei,ni nak cite pasal udang Rica-Rica ni. Tadi selongkar dapo Kak Ummi nak cedok idea nak masak rini, jadinye nampakla kak Ummi masak camni. Pe lagi, wa kasi cedok sama itu idea kasi masuk wa punya dapo dan kasi masak bagi makan sama itu penghuni punya rumah.. Rasa sebenarnye nak cakap ikhlas dari hati xtau lagi sebab xhadap dgn nasi lagi tapi try sikit tadi, sedap.. 

Sama cam Kak Ummi,ambe xguna udang jerbung tapi guna udang biasa je.. Xkesahla udang pe pun,yg penting udang. Nak tunjuk gambo pun segan sebab xtaula nape,amek gambo arini xjadi la pulak. termerah sgtla,gelap sgtla sume.. Padahal aku yg xreti!!! Tapi seyes,mmg xlawa gambo n xjelas bentuk udang arini..Xcaya????Korang layan resepi die dulu then kalau korang sanggup paksa diri tgk gambo udang tu,scroll la ke bwh skali,huhuhuhu.....

Sumber asal: Majalah Sedap



Bahan:-

  • 500 gm udang jerbung, agak besar (*akak guna udang galah)
  • 100 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air limau nipis (*akak guna lemon)
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 biji cili padi merah (*akak letak 5 biji padi hijau)
  • 1 cmhalia
  • 1 biji tomato merah/masak
Cara Memasak:-
  1. Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Perapkan udang dengan air limau nipis dan garam selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. 
  3. Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.
  4. Masukkan air, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  5. Masak sehingga matang dan rempah menyerap.
  6. Tutup api dan hidangkan.












Friday, September 3, 2010

Sambal Udang


Yang ni resepi hasil jenjalan kat umah kak Yatie. Tengok cam best je menu, pe lagi terus try.. Rasanye???? Sesape yang xpose meh dipersilakan try dengan nasi panas2, tapi oleh kerana seisi umah ni pose maka proses try nye maghrib karangla ye.. Ambe tambah sikit ye bahan-bahannye kak Yatie. Mintak ijin nie..


Bahan-bahan.
* 500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit belacan*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
* minyak masak - untuk menumis

2 sb sos tomato
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa


Cara-cara


  1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
  3. Tumis sebentar sahaja, masukkan bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Wednesday, August 18, 2010

Udang Twist

Kalau nampak dek Kak Hana ambe tukar nama udang ni,confem die terus balik mesia cari ambe kt umah,ngeh3... Sebenarnye bukan sengaja nk tukar nama tapi kebetulan bahan2 dia ada yg xde antara nye taucu biji (xpenah tgk pun rupa dia), sawi jeruk n cendawan butang. Lepas tu memandai pulak g tambah rencah lain. Rasanye sedap jugak cuma maybe xsesedap versi Rock n Roll kak Hana la.. Sape yg nk tgk resepi asal blh g tgk kt umah Kak Hana nuh...


Udang Twist





Bahan-bahan

·   500 gm udang
·   4 sb jus limau kasturi
·   1 sudu besar bawang putih yang dicincang
·   2 sudu besar minyak

Bahan-Bahan Untuk Sos:-

·   1 sk cili kering kisar
·   2 sk bwg blend
·   2 sb cili padi yang dicincang
·   2 sb cili sos
·   2 sb sos tomato
·   2 sb sos tiram
·  1 sb sos plum - xde ganti cuka 1sk
·  1 sb gula
·  garam secukup rasa
·  sedikit lada sulah
·  1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
·  200 ml air
·  3 sudu besar minyak
          
Cara-cara:

          UDANG :-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang dan jus limau kasturi.
  2.  Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan.

BAHAN SOS :-
  1. Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi,cili kering kisar dan bwg blend.Kacau dan masukkan bahan2 sos tadi.
  3. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. Kacau hingga sosnya agak pekat dan masukkan udang,sebatikan. Siap.
  5.  

Monday, August 2, 2010

Kari Udang

Hari ni masak my mum masak kari udang. Sabtu lepas beli udang,so baru hari ni la nk proses.. jomla kita tgk camne nk prosesnye ye..

Kari Udang

Bahan-bahan:
400 g udang
6 senduk bwg blend
2 senduk cili kisar
1 mangkuk kecil serbuk kari (bancuh dgn sedikit air)
sedikit air asam jawa
1/8 gula melaka
air secukupnya
sedikit timun 
Garam,gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dlm periuk.
  2. Tumis bwg blend dan cili kisar sehingga garing. Then, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dgn sedikit air.
  3. Masukkan air asam jawa dan gula melaka.
  4. Tambahkan air secukupnya dan perasakan dgn garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan udang dan timun yang telah dipotong.
  6. Masak sampai mendidih dan udang benar-benar masak.

Sunday, July 25, 2010

 Arini chef beso xdan nk masuk dapo,so haku la sbg chef ass kna tnjuk skill..pe lagi,on lappy trs msk blog sape2 yg ade buat udang sehari 2 ni..jelajah punya jelajah nmpkla dapo kak Dayang Jack ni buat Udang Goreng Bersos..nengok bahn sume main campak,pe lg..kelekung kelekangla kt dapo 2..huhuhuhu..kak Dayang,mintak halal ye resepi ni nk cnp...bpaling tadah sikit dgn resepi..
n3nye malam karangla..time2 mendung nk ujan ni,slowla plk brodband ni..


Udang Goreng Bersos


















Bahan-bahan : anggaran
  • 400 g udang basah (dibersihkan, gaul dgn sedikit kunyit,garam n serbuk lada hitam, kemudian digoreng hingga masak) 
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 6 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk - saya hiris halus je)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • sedikit hirisan cili benggala
  • sedikit jus limau kasturi
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili api, sos tiram, daun limau purut dan bahan-bahan selebihnya. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau dan biarkan ia mendidih. Jika kurang masin dan manis boleh tambah garam atau apa2 yg patut. 
  4. Setelah kuahnya masak, tutupkan api dan masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.

* sos tomato saya bkecuali.Almaklumla payah sgt nk ade kewujudn sos tomato kt umah ni..

Kerabu Tomato













Kerabu tomato ni hasil stlh jln2 di myR kak Hana Jepun tu..tp bpaling tadah gak sbb campur mangga muda..lg kawww rase die!!


3 biji tomato (hiris ikut suka)
2 bijik mangga muda (mayang)
1 btg serai (hiris)
1 inci halia (mayang)
4 bijik cili padi (hiris)
1 labu bwg besar (hiris)
garam
gula
jus limau kasturi


Gaul semua bahan2 yg dihiris dn dimayang.sebatikan dgn gula,garam dan jus limau kasturi.
Siap untuk dihidangkan

Kangkung Goreng













Ni main campak2 je....


1 ikat kangkung
1 labu bwg besar *
3 ulas bwg putih*
3 ulas bwg merah*
2 bijik cili padi (hiris )
Gula
Garam
Kicap
Sos tiram 


Cara-cara
Blend sume bahan bertanda * then tumis smpai garing.
Masukkan gula,garam,sos tiram dan kicap
Masukkan cili padi dan kangkung.goreng sampai kangkung agak2 layu.
Kalau suka yg agak berkuah,blh masukkan air sikit
Siap untuk dinikmati..