Powered By Blogger
Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Donut Keledek

Ade macam ala-ala Big Apple x????wahahahhha...jauh Pasir Mas dengan KL (seerti dgn jauh panggang dari api) ..confem2 la xleh lawan rupa bentuk halus mulus Big Apple tuh...usah kate big apple, nak lawan bulat dengan acuan donut pun lawa lagi bentuk acuan donut tu dari ambe punya bentuk.... Hasil saringan yang teliti dan terperinci, hanya ini yang dapat ditayangkan untuk tatapan umum...yang lain...hazabbbbb.... macam2 bentuk ada.. walau papepun, sedap i tell u!!! Lembut je masa makan... sebab ambe ni amatur tahap paling bawah, buat pun xbanyak..nak test power je jadi ke x...maklumla budak baru blaja, tangan pun keras kejung lagi... Memula nampak umah Kak izah, pastu berjangkit umah Kak Mas..tersebar pulak umah Kak suzi..hah,skang dah berjangkit umah ambe...lepas ni turn sape la pulak agaknye ye???? ni hasil kerja tangan kak Nor ye...



Bahan-bahan :
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung 
  • 1 biji telur -  dipukul sedikit
  • 200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer, kak Mas guna susu segar suam
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula - gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
  • 3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

Cara-cara :
  1.  Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..