Puding Karamel Tanpa Telur
Bahan A: (Untuk karamel)
70gm gula pasir
70gm gula pasir
2 sk air
2 sb air suam
Bahan B:
1 paket serbuk agar-agar (7gm/10gm)
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
Bahan C: (satukan dalam mangkuk)
1 tin susu cair (kuguna brand IDEAL 450gm)
2 sb tepung kastad
1 sk esen vanilla
Cara utk karamel: (guna non stick lebih mudah)
Panaskan gula dengan 2 sk air sehingga berwarna perang. Kemudian, masukkan 2 sb air suam. Tuang ke dalam acuan yang dikehendaki.
Cara utk puding:
Dalam periuk, didihkan bahan B. Kecilkan api dan tuang bahan C. Kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat dan pekat. Sendukkan ke dalam acuan yg berisi karamel tadi.
Biarkan ia beku dan masukkan dalam peti sejuk utk rasa yang lebih nyaman.
p/s: Jika suka, boleh masukkan 1sb butter, kacau sampai cair dan tutup api (utk lembutkan puding).
2 comments:
Sedapnyaaa.... nak sikit
ala,tlambat!!! dh habis...xpe,nnt klu mie buat lg,kite share same2 ye..hehehehehe
Post a Comment