Powered By Blogger

Wednesday, September 29, 2010

Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah

Dalam dok memikir nak buat lauk ape tok lunch hari ni,my mum cadangkan kitaorg buat nasi kaler2 ni. Mudah,cepat dan confem sedap!!!! So,my mum yang masak hari ni.. Ayam masak merah still guna my mum punya resepi sebab kitorang dah sinonim dgn ayam masak merah yang cenggini. Papepun ,mehla kita layan resepi.. Kot2 sesapa yg xde idea nak masak pe hari ni,maybe n3 tengah hari ni boleh bagi idea kat korang...toing!!!toing!!!
Cara nak buat masakan ni dah penah tepek kt umah ambe ni.. Tapi xpelah,ambe cnp balik senang nk buat rujukan..




Untuk Nasi:


Beras 
3 bijik bwg merah dihiris*
2 bijik bwg putih*
1 inci halia*
1 btg kulit kayu manis*
buah pelaga*
2 sb mentega
2 sb susu pekat manis
Garam, ajinomoto
Air secukupnya
Pewarna merah dan hijau

Cara-cara:

  1. Tumis bahan bertanda * dgn sedikit mentega.

  2. Masukkan bahan yg ditumis ke dlm beras yg telah dibersihkan dan dimasukkan air secukupnya.

  3. Masukkan susu pekat, garam dan ajinomoto.

  4. Masak nasi sampai masak. Setelah masak, gaulkan dgn pewarna merah dan hijau, dan juga kismis.

Ayam Masak Merah;


Ayam:
½ ekor ayam
4 ulas bwg putih diketuk*
1 inci halia*
1 btg serai diketuk*
Sedikit gula merah*
Sedikit lengkuas*
2 sb serbuk kunyit*
Air untuk merebus ayam

Kuah:
6 senduk bwg blend
5 senduk cili kisar
Sedikit gula melaka
2 btg serai diketuk
3 sb sos cili thai
4 sb sos cili
2 sb sos masam manis
Garam, gula
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara:

Ayam:
Semua bahan bertanda * dimasukkan ke dlm periuk. Masukkan air secukupnya utk merebus. Rebus ayam sampai masak . Selepas ayam masak, goreng sebentar dan toskan. Ketepikan.

Kuah:


  1. Tumis cili kisar sampai garing. Masukkan bwg blend dan tumis sampai garing.
  2. Masukkan gula melaka, semua jenis sos dah serai yg diketuk.
  3. Biarkan mendidih sebelum masukkan air. Perasakan dgn garam dan gula.
  4. Lastly, masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul rata. Didihkan sebentar dan siap!!




1 comment:

Chik Mimi said...

alamak mie tergudanya ngan nasi kaler maler tu tapau ye