Powered By Blogger

Friday, September 3, 2010

Ayam Harum Thai

Tergoda pulak rasa hati tgk ayam harum thai kt umah Kak Nor 2 3 ari lepas. Tengok bahan dlm esbok sume ada. Kebetulan ayam tinggal sikit je, udang pun ada lagi sikit. So, ambe campur je ayam dengan udang tu. Hmmm...boleh guna lagi ke tajuk n3 ayam harum thai lepas dah campur skali dgn udang???  Resepi ni ambe ambik umah Kak Nor,Kak Nor kata dia amek umah Kak Oshin..mintak halal ye nk cnp kat sini...


Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
2 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis

1 biji air perahan limau nipis
daun sup (dihiris nipis)
Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)


cara-cara:
Panaskan minyak didalam kuali. 
Tumiskan Bahan A hingga wangi,Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan
Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis, daun sup dan lada bengala/capsicum...


** spt biasa K.Nor suka goreng dulu ayam yg diperap dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak tp tak garing ya..

No comments: