Powered By Blogger

Tuesday, November 25, 2014

Kek Buah Kukus Kak Sheila


Assalamualaikum...

Ya Allah, setahun lebih rupanya ambe tak update blog kesayangan ni! Tuntutan kerja dan pelbagai benda jadi kekangan nak mengupdate. Fuhhh....Fuhhhh...tiup habuk sikit. Ini bukan habuk lagi dah, dah naik semak samun dah blog ni..

Nak-nak sekarang ambe dah berpindah rumah duduk dengan sedara, lagila tak memasak. Balik keje sume dah siap masak, tinggal makan je.. lagila takde gambar makanan. Xpela, untuk sesi pembukaan semula blog ni, meh ambe kongsikan resepi kek buah yang ntah berapa puluh kali buat.. Bila balik kampung, kek ni WAJIB dibuat.  Resepi dari salah satu sifu masakan, Kak Sheila..

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
  • 1 sudu kecil esen vanila
 Cara-cara
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Tuesday, October 22, 2013

Nasi Goreng Daun kari My mum~

 Assalamualaikum..

Pernah makan nasi goreng yang digoreng bersama dengan daun kari???? Ambe pernah dan selalu makan~~~ Sebab ni peberet ambe!!!! 

My mum kalau masak nasi goreng, kadang-kadang letak daun kari ni bagi menambah aroma dan kelazatannya. Walaupun hakikatnya kari bukan pilihan utama ambe, tp kalau dapat nasi goreng yang letak daun kari ni,memang menambah-nambah makannnya. Lagi banyak daun kari lagi ummpphhh!!!! Jangan cakap banyak, meh layan resepi my mum ni~~

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi (nak lagi pedas, lebihkan ye~)
  • Sedikit ikan bilis - nk ganti ngan isi ayam pon boleh
  • Sedikit belacan
  • 5 tangkai daun kari - basuh kasi bersih dan lurutkan dari tangkai
  • Sayur sawi @ sayur yg anda suka
  • Sebiji telur
  • Serbuk lada hitam
  • Garam. serbuk perasa


Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga hampir lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga agak garing. Masukkan ikan bilis dan belacan. Kacau sekejap.
  3. Masukkan daun kari dan kacau seketika. 
  4. kemudian masukkan nasi, sayur dan kacau hingga sekata.
  5. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Kacau hingga sebati. 
  6. Then masukkan serbuk lada hitam, garam, dan serbuk perasa.
  7. Kacau hingga masak dan siap!!!

Wednesday, October 2, 2013

Mee Udang~~

 Hidangan ni menjadi santapan dinner ambe 2 3 minggu yang lepas. Alkisahnya, kawan di ofis buat makan-makan dan mee udang ni salah satu menu utama. Bila rasa, mak aii sedapnye!!! Mintak resepi link ni yang die bagi.. Ambe ikut cara kak Dayang dan resepi asal dari Che' Iza MYR..

Bahan-bahan: ( 3-4 org )
  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L 
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering (DJ tumbuk halus)
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis (DJ guna belacan bakar)
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili (DJ letak lebih sket)
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng
bahan-bahan yg DJ tambah :
  • kiub ayam
  • sos ikan
  • kentang (direbus empuk dan dikisar dengan sedikit air)
  • tauhu goreng
  • telur
Cara-cara:
  1. Rebus udang hingga masak.. tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
  2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
  3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
  5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
  6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.

Thursday, September 19, 2013

Sambal Sardin Alkisahku~~

Assalamualaikum

Ini menu semalam.. Menu org sakit malas nk g beli makanan tengah hari tapi xde apepon kt dapo.. sadin ni la penyelamat. Sebetulnya ambe mc semalam sbb kaki bengkak, so masak pon simple mimple je..Kate orang sakit..mueheheh Sick 

Sambal sardin lawan ngan nasik panas, ulam ngan budu~~~ Cer bayangkan 2 pinggan selamba badak je ambe hadap semalam. Xpadan ngan orang sakit.. Xnak cite banyak, meh layan sambal sardin Alkisahku style~~ 

Bahan-bahan:
  • 1 tin sardin (ambe goreng dulu ikan die kasi sedap skit)
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bwang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 biji cili padi* 
  • 2 sb cili giling
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos lada hitam
  • Air dari ikan sardin 
  • Air putih (ikut nk banyak mana)
  • Garam, gula
  • 1 biji lada besar (potong menyerong)
  • 1/2 biji bawang besar ( potong bulat)


Cara-cara:
  1. Tumbuk bahan bertanda * sampai agak lumat. Tumis dalam minyak sederhana banyak
  2. Masukkan cili giling dan kacau hingga cili giling masak
  3. Masukkan sedikit air, biarkan sebentar sebelum masukkan sos cili dan sos lada hitam. 
  4. Masukkan air dari tin ikan sardin, dan masukkan air (ambe letak 1 1/2 sebab ambe biarkan die mereneh lam 20 minit ngan api slow)
  5. Masukkan garam, gula, bawang besar dan lada hijau . Kacau dan rasa.
  6. Masukkan ikan sardin dan biarkan ia merenah hingga mendapat kepekatan yg disukai .
  7. Siap!!! Selamat mencuba Giving Thumbs Up Winking

Thursday, September 12, 2013

Talam Serimuka Pandan~~

Assalamualaikum

Oleh sebab ambe gemarkan kuih ni dan selalu suka makan yg hijau tu banyak2, so untuk jamuan hari raya ofis baru-baru ni ambe try nasib buat kuih ni. Nak diikutkan, ni percubaan kedua ambe try buat serimuka... Alhamdulillah menjadi walaupun rupanya xsemengah dan secantik yg Kak Yatie buta.. milkysmile

Tapi rasa alhamdulillah sedap... Ramai yang suka, siap amek bawak balik lagi sebab gemarkan kemanisannya. Manis pon ok, sedang-sedang elok je...http://zaazu.com . InsyaAllah akan dicuba lagi sebab nk dapatkan kelicinan adunan kat atas tu..


Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit. (Ambe kukus 50 minit sebab ambe punya xmasak lg after 30 minit.)

Wednesday, September 4, 2013

Kuih Ketayap Alkisahku~~

Assalamualaikum.. Jamu mata je la ye.. Ini air tangan berkurung lamanya. Menggodek file jumpa la gambar kuih kaler hijau ni...Kesukaan ambe dan jugak seisi keluarga..

 Ini resepi mak ambe.. Tapi maaf sangat-sangat sebab resepi ni main agak-agak je.. Masa buat hari tu lupa nak tulis sukatan. So kalau sape-sape berminat nak buat kuih ni, korang agak-agakla ye kecairan dan kepekatan yang dikehendaki. Kalau xsure jugak, boleh rujuk resepi sifu-sifu ambe yang lain.. Resepi ni lebih kurang je kot dengan orang lain.. Papepon, jom layan~~

Bahan-bahan:
KULIT KETAYAP:


  • Tepung gandum
  • 1 sudu kecil gula
  • Air secukupnya
  • 1/4 cawan susu cair
  • Sedikit garam
  • Daun pandan (blend dengan 1 cawan air then tapis untuk amek air)
  • 1 biji telor - size kecil (xnak letak pon xpe)
  • Esen vanilla
* Ambe xguna pewarna hijau sebab kaler asli pandan tu dah cantik pada ambe

INTI:
  • Kelapa parut warna putih
  • 3 keping nisse/gula melaka (Ikut kemanisan yang anda suka)
  • Secubit garam
  • 2 sb gula 
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan


Cara-cara:

Kulit ketayap:
  1. Campur semua bahan, gaul hingga sebati dan tak berketul. Tapis adunan supaya xde yang berketul kat dalamnya.
  2. Biarkan 15 minit.
  3. Panaskan kuali non-stick dan lenserkan sedikit minyak/butter.
  4. Ambil 1 senduk dan dadarkan ikut nipis mana yang ada mahu.
  5. Biarkan sehingga masak dalam 1- 2 minit. Api slow ye~
Inti:
  1. Masukkan semua bahan dan biarkan ia mereneh di atas api lebih kurang 30 minit. Kalau nak inti tu basah-basah skit, boleh tambah kuantiti air. Guna api slow~~
  2. Sudukan inti ke atas kulit ketayap dan gulungkan.
  3. Siap~~

Thursday, July 25, 2013

Puding Roti Marble Kak Hana~~

 Post ke 2 di bulan Ramadhan.....Waaaaa... sgtla xsempat... Ini puding roti ambe buat tok berbuka puasa perdana kat ofis.. mudah,cepat dan sedap!!! Hambek, ngan loyang sekali posing kes xsempat nk duduk elok2..potong2 terus hidang kat meja makan.. Resepi Kak Hana~~


Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara:
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Thursday, July 11, 2013

Puding Karamel tanpa Telur~~

Menginjak hari kedua puasa, ambe hidangkan korang dengan puding yang sedap ni.. Tapi bukan la hidangan semalam ye..Ini dah laaaaaaammaaa sgt buat, tapi kes terlupa dan sibuk skit... Manis sedang-sedang elok je...Ambe suka!!! Insyaallah akan dibuat untuk santapan bukak puasa yang ke bila pon xtau la....

Layan kan je ye... Just bagi idea pade yg nak buat pencuci mulut bukak puasa nanti.. Diambil dari blog Air Tangan Orang Rumah Bapak~~

Bahan-bahan:
Untuk Sos Karamel:
2 senduk gula (guna lebih kurang 1 3/4 senduk sahaja *senduk lauk besar)
1/4 cawan air

Cara menyediakannya:
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan sos karamel kedalam bekas puding atau loyang. 

Untuk Puding:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis 
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar segera
3 1/2 cawan air

Cara menyediakannya:
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan yang ada agar puding nampak cantik. 
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar segera dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas yang berisi sos karamel tadi
5. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan dalam peti ais. Lagi sejuk lagi sedap. 
6. Dah sejuk, boleh diterbalikkan dalam pinggan sebelum dihidang. 

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan


Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meyambut Ramadhan kali ini.. Semoga Ramadhan ini mendidik jiwa kita menjadi insan yang sedar di atas kekhilafan diri dan berusaha memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik di kesempatan seterusnya... InsyaAllah


Wednesday, April 24, 2013

Pajeri Nenas Kak Ros Jintan Manis~~



Resepi Kak Ros...

Bahan-bahanya:


  • 1/2 biji nenas saiz kecil (ambe campo kacang panjang)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
  • 1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
  • 1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing, 

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, March 27, 2013

Kek Coklat Kukus Bunga Lara


Assalamualaikum
Nak tayang kek yang penah popular beberapa minggu lepas. Ambe pon dh try,malah dah 2x buat...sangat sedap!!! Sangat menepati citarasa... Alkisah yang dok lam bekas tu sebab nk bawak g menjamu kawan-kawan opis... So,xdela sesi bedah siasat.. Dah potong kat sana, lupa lak nk snap sebab terpesona ngan kegebuan dan kelembutan kek ni...memang a keeper la kek ni..
Resepi???? dari kak Bunga Lara..

Bahan-bahan:

4biji telur (gred A)
1cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1cwn susu cair
1cwn minyak masak
11/4 cwn tpg gndum*
1cwn serbuk koko*
1sd kecil soda bikarbonat*
1sd kecil baking powder*
*bhn2 trsebut perlu diayak trlebih dhlu ye :))


Cara-

Pukul telur brsma gula hingga kembang. Dh kembang msukkan susu pekat, minyak n susu cair. Dh sebati masukkn bhn2 yg dh diayak tdi ye. Kemudian msuk dlm bekas yg hendak d kukus dan kukus. *Perlu d ingtkan jika kecil bks trsbt maka kjp dlm 15mnt atau stgh jam, tpi jika sepenuhnya 1bncuhan itu dlm 1bks, maka kukus dlm 1jm stgh ye...pastikan jgn bukak2 pengukus semsa sdg msk*

Toppingnye:

Lbh kurang 200gm coklat masakan + 5sudu bsr susu pekat + 3sd bsr minyak masak + 11/2 tin susu cair. 
Kemudian masak dlm periuk non-stick lbh bgs sbb nnti dia x melekat n x hangus..pekat n cair tppng tu bergantung kepada susu cair tu ye..dan juga manis tppng tu bergantung kpda susu pekat tadi..klu rasa nk manis sikit tmbh lagi..n klu rasa nk pekat skit kurangkan susu cair tu ye...JGN LUPA KLU TPPNG DAH SEJUK IA AKAN PEKAT SKIT TAU!

**Hrp mklum : kebykkn org bt topping mnggunakn kaedah double boiler tpi sya tidak! Ini krana sya mggunakn periuk non stick n slow fire so ia x melekat! Tpi mke sure jgn tnggalkan krana ia blh brkerak di atas! Utk memudahkn tiada kerak tersbut pastikan sntiasa kacau hingga sejuk..

**DAN UTK MENJADIKAN KEK INI SOOOOO MOIST HINGGA MAK MERTUA JALAN PUN X NAMPAK ADALAH KERANA semasa kek ini baru diangkat PASTIKAN TOPPINGNYA JUGA BRU TUTUP API DAN CURAHKAN TOPPINGNYA YG MASIH PANAS2 ITU KE DALAM KEK TERSEBUT..LAKUKAN DUA TIGA KALI LEBIH KURANG...BIAR TOPPING ITU SERAP KE DALAM DAN LAKUKAN SKALI LAGI...TPI JGN BYK SGT NNTI KEK AKAN MENDAP...SLAMAT MENCUBA

Wednesday, March 20, 2013

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum..
Dah lunch??? Lepas lunch jom makan pencuci mulut yang sangat best ni!!!!
My peberet ever!!!


Resepi from my mum... kalau ambe balik kampung,memang akan suruh my mum buat bubur ni. Best in the world la~~~

Bahan-bahan:

  • Secawan kecil beras pulut hitam
  • 1 1/2 liter air
  • Setengah cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 3 keping gula melaka
  • 2 sb gula
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Rebus beras pulut hitam dengan air sehingga beras kelihatan agak hancur (Agak-agak lam 40 minit) atau ikut setakat mana anda suka beras tu hancur.
  2. masukkan santan cair,gula melaka dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan.
  3. Kemudian masukkan gula dan garam. Rasa tahap manis masinnya. 
  4. Masukkan daun pandan. Sekiranya suka bubur ni cair, boleh tambah air ikut kehendak anda. ( *Ambe masukkan 1/2 cawan)
  5. Biarkan ia mendidih dgn api perlahan sehingga masak.

Santan putih:

  • Masak sedikit santan pekat bersama sedikit garam sehingga mendidih. Kemudian bolehla dicurahkan sedikit ke atas bubur tadi.



Wednesday, March 13, 2013

Kek Coklat Kukus Cik Manggis~~

Pagi-pagi saja tayang gambar kek coklat kan.. kukus lagi!!! 
Memang confem kena kukus pon,umah sewa ambe ni xde oben nk bako-bako ni ~~
Ada yang dah terliur ke.. Kalau terliur tu,elokla merajinkan diri membuatnya...
Ambe pon sebab ade yang nak makan,kena la buat.. 


Xdan nak hias bagai sebab kekurangan kerajinan, so ku curahkan terus toppingnya ke atas kek tu..Tu yang melimpah-limpah ganachenya tu..X senonoh sungguh!!!
Resepi Makcik Manggis..Ganache topping dari sini..


Bahan-bahannya:

 A:
 1 cawan gula pasir 
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu cair.
 1 cawan serbuk koko

 B:
 4 biji telur grade B
 1/2 cawan susu pekat manis.
 1 tsp esen vanilla. 

C :
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 tsp serbuk baking powder. 
1 tsp serbuk soda bicarbonat.

Cara-caranya:
  • Kacau A atas api hingga semuanya larut.Sejukkan sikit.
  • Kacau telur dengan susu pekat manis hingga sebati.Masukkan esen vanilla.
  • Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonat
  • Tuangkan adunan telur kedalam A dan guna whisk -kacau hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  • Sapukan loyang kek dengan sedikit butter.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak-lebih kurang 1/2 jam tapi jika guna pengukus biasa hanya memakan masa 20 minit.Selamat mencuba.

Thursday, March 7, 2013

Nasi Goreng Kg. Kak Nani~~

Assalamualaikum!!!

Fuhhhhh!!!Fuhhhhh!!!! (Tiup habuk, tangan gawang-gawang sapu sarang lelabah)
Mak aihhhh, sangatlah lamenye ambe x update kat sini... berbulan berganti bulan, tahun berganti tahun... Bukan xnak berupdate, tapi keje yang menimbun menyebabkan keje terpaksa didahulukan, blog di anak tirikan..

Ni pon xleh cakap banyak2,meh nk update resepi pertama di tahun 2013...Dah lameeeeeeeeeeee sangat masak, tapi cam biasa, baru berupload..


Resepi Kak Nani Rostam..



Bahan-bahan:
  • Nasi sejuk 4 cawan
  • Telur ayam 3 biji
  • Cili padi 25 biji
  • Belacan 1 inci
  • Bawang besar (merah) 2 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Ikan bilis putih segenggam 
  • Kacang panjang - potong serong (ambe tambah)
  • Minyak masak 1/2 cawan.
  • Serbuk ikan bilis knorr

Cara-cara :-
  1. Tumbuk cili padi, ikan bilis dan belacan. Ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih dan bawang (besar) merah berasingan. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak masukkan bawang tumbuk, goreng hingga naik bau, masukkan campuran cili tumbuk,belacan dan ikan bilis tadi, tumis dan gaul bersama hingga naik bau. Kemudian masukkan kacang panjang yang telah dipotong serong.
  4. Ketepikan ke semua bahan yang telah ditumis tadi di tepi kuali. Masukkan telur dan kacau sehingga masak dan garing.
  5. Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan serbuk ikan bilis knorr.
  6. Angkat dan hidang.

Tuesday, October 9, 2012

Meatball Ala IKEA~~

Assalamualaikum..

Sebelum cite pape, meh nk tayang ni dulu... Agak-agak cam pernah nampak n makan x??? 


Yang pernah g IKEA mesti familiar ngan gambo ni kan??? Tapi ini homemade punya tau.. gara-gara teringin nak makan tapi susah nk menapak ke IKEA tu, ambe try google resepi... Tup tup kuarla resepi Kak Chooyaya ni... Dinner sabtu lepas, boleh tahan sedap!!

Dah ala-ala IKEA punya dah..Lenkali dah xpayah nak menapak ke sana semata-mata nak makan ni, buat sendiri lagi puas hati..=)

Jangan diukur size meatball tu sebab yang mini size je ade lam peti tu.. Malas pulak nk menapak ke C4 semata-mata nk beli meatball size giant tu. Gunala ape yang ade.. Percubaan pertama berjaya.. Ambe buat gravy die banyak-banyak dan simpan lam peti, senang nak guna panaskan je...


Nak try????Meh tengok resepi...

Bahan-bahan:
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hanget
  • sebiji tomato yang gemok yang dipotong dadu
  • 1 1/2 cawan air sejuk, bukan air sirap *
  • 100ml susu segar/susu cair *
  • 3 sudu sos tomato *
  • 3 sudu sos tiram *
  • 2 sudu kicap manis *
  • 2 sudu lada hitam *
  • 1 cube ayam *
  • sesudu gula *
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan suku cawan air
  • cendawan tiram/cendawan butang


Cara Membuatnya

1. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat2 manja.
2. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi, tomato dan jugak cendawan
3. Bila dah layu2 manja, masukkan semua bahan yang bertanda (*) sampai mendidih
4. Last sekali, untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung.

Wednesday, September 12, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Try resepi Kak Yatie..

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Tuesday, September 4, 2012

Bubur Candil Tepung Pulut Hitam


Menu berbuka puasa yang lalu..
Baru sempat nk tayang
Amek umah Kak Yatie.. Jom layan

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/2 cawan air-utk uli tpng, tuang sikit2 masa menguli doh
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
Bahan Kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cwn gula pasir-ikut kemanisan yg di kehendaki
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan

Close up!!!

Cara-Cara:
  1. Campurkan tpng pulut, tpng gandum, tpng pulut hitam dan garam ke dlm mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Tuesday, August 14, 2012

Kuih Kaswi Gandum


Kuih berbuka minggu lepas hasil berjalan umah Kak Yatie..
Sedap!!

Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
  1. Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.