Daging tinggal sikit je dlm esbok tu,so ambe godek2 la dapo Kak Nor67 tengok ape yg boleh dikerjakan dengan daging yg tinggal secoit je ni. Nampakla Kak Nor buat daging blackpepper,nampak sgt best. So, ambe buatla tapi versi kering ala2 daging goreng. Ralit dok p mai p mai,geseng habis tumisan ambe. Geseng pun gesengla,janji sedap.. Capsicum tarak,ambe letak je cili merah biase. Janji merah mcm mak ngah!!!
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng
- Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
- Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
- Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
- Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.
Percubaan pertama ambe mendahliakan biskut dahlia ni. Ambe beli acuannya dah lama, b4 raya lagi tapi xjadik2 nak buat. Pagi tadi ada masa lapang (lapang sokmo!!!) try la buat biskut ni. Tertonggek sana sini jugakla nak menerap biskut ni guna acuan die,ade yg kecik,besar,slim,gemuk separuh sume ada.. macam2 saiz ada.. Ceri pun xde,ambe juz gantikan dgn coklat chip je bagi xnampak kosong sgt. My sister as a tester kata rangup dan sedap rasanye. Ambe lps maghrib nntla try.. Since kita sume msh dlm mood raya,memang sesuai sgtla mabe tayang biskut ni..
Ni hasil jenjalan umah MamaFami. Umah Maklang Azie dan Abg CMG pun ada gak..Mintak ijin ye nk cnp kt sini. Link akan dilinkkan kemudian ats sebab virus alah tu msh berlegar2 lagi...huhuhuhu...
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Selain buat kuah kacang guna resepi Kak Yatie,ambe buat lagi 1 guna cara Kak Ummi pulak. Yang ni pun sedap jugak,masa makan tu terasa-rasa rempah ratus dia. Yang ni pun tok cecah roti gak.. Ambe buat 2 jenis sebab leh hantar sikit kt umah makcik ambe kt depan tu.. Sama2 merasa.. Cuma ambe ubah sikit tang santan nye,ambe kurangkan jadi 2 cawan... Layan!!!
Bahan:-
300 gm kacang tanah - goreng dan kisar kasar
4 sudu besar cili kering kisar
10 ulas bawang merah - kisar
2 cm lengkuas - kisar
3 cm halia - kisar
3 batang serai - kisar
2 batang serai - ketuk
2 sudu kecil biji ketumbar - tumbuk
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk
1 sudu kecil jintan putih - tumbuk
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/4 cawan gula melaka (boleh tambah lagi)
1/3 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1/4 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan serai ketuk. Kemudian masukkan bahan kisar semua dan kacau dengan api perlahan sehingga naik minyak. Masukkan air sedikit2 dan masak lagi hingga semua bahan mesra. Masukkan gula melaka, gula pasir dan air asam jawa. Tambah air ikut keperluan dan masak lagi hingga mendidih. Bila kuah agak pekat tambahkan santan dan biarkan mendidih atau pekat sedikit ikut suka. Seimbangkan rasa. Biarkan mendidih dan tutup api.
* Kak Ummi,mie link nnt ye..