Powered By Blogger

Friday, April 6, 2012

Sayur Goreng Bertelur

 Salam jumaat...
Ni antara sayur goreng yang ambe suka..
Sebab letak telur...
Cincai je sume...
Meh la layan resepi..


Bahan-bahan:
  • Kubis
  • Carrot - dipotng halus
  • Brokoli
  • Tomato
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Serbuk perasa ayam
  • Sos tiram
  • 4 biji cili padi - dipotong halus

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga naik bau
  2. masukkan sos tiram, kacau seketika dan masukkan carrot
  3. Biarkan seketika, masukkan semua sayuran yang lain dan kacau sekata.
  4. Buat bulatan di tengah dan pecahkan telur
  5. Biarkan seminit dan kacau telur tersebut hingga bersalut dengan sayuran yang lain.
  6. masukkan serbuk perasa dan bila agak-agak dah masak, boleh la diangkat dan dihidangkan.


7 comments:

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Mimiey..
Ambe pun suka juga yg cincai2 macam ni.. sedap hingga bertambah2 nasi ..hehehe... Mimiey kelantan di mana?

Mimiey.. (^-^) said...

@kak naz...
hehhehe...kdg2 yg cincai2 ni yg habis dulu kan kak...
mie kat pasir mas... dkt ngan masjid pasir mas

Amie said...

Assalamualaikum Mimiey,
cukuplah lauk begini, dah ada beberapa benda dalam satu pinggan tu, tak payah dah nak tambah lauk lain...jimat masa, jimat tenaga, rasanya pun sedappp!

Mas said...

Kalau tak guna sos tiram, gantinya apa kak?

Mimiey.. (^-^) said...

@kak amie..
hehehehhe...betul tu kak... klu mls nk msk lauk, campak ayam pn jadi kan...

Mimiey.. (^-^) said...

@mas...
akak pn xsure la mas... kalau xde, agaknye letak sos lada hitam pn ok kot...

zila norazila said...

salam kenal mimiey
lauk yg simple,,suka yg mudah2 nie..he heee