Powered By Blogger

Tuesday, March 6, 2012

Kuih Rengas Kak Hasue..

Jom layan kuih rengas @ kuih kacang hijau ni..
Peberet abah ambe...
Kalau buat,memang die je la dok mengadap kuih ni...

Xde props bagai pun...
Amek gambar sekeping dan terus makan...
Abaikan yang terhitam tu ye...
Terlebih garing sebab asyik dok bersembang ngan my mum...hhahahah...
Seb baik rasa maintain..
Credit to Kak Hasue..
dah brape kali buat dah, ni baru nak masuk blog..

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
Inti Kacang Hijau

Bahan2:
  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang

Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..

    Friday, March 2, 2012

    Sambal ayam Udang Kering Kak Diana..

     Salam jumaat..


    Xleh nak mengomel banyak,terus layan resepi ye...
    Amek umah Kak Diana..
    Sedap!!
    Abaikan buku-buku kat belakang tu ye...
    Tengah buat assignment time tu.. huhuhuhu


    Bahan-bahan:
    • 900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
    • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
    • 3 ulas bawang merah _ dicincang
    • 2 ulas bawang putih _ dicincang
    • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
    • 2 biji cili merah _ dihiris menyerong - xletak
    • 2 biji cili hijau _ dihiris menyerong - xletak
    • 3 tbsp cili kering kisar
    • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
    • 100 ml air
    • Garam jika perlu
    • Gula melaka secukup rasa
    • Daun sup _ dihiris
    • Minyak untuk menumis


    Bahan² Perap

    • 1/2 tsp minyak bijan
    • 1 tsp seasoning Maggi
    • 3/4 tsp garam
    • 1 tsp gula
    • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
    • 1/2 tsp serbuk cili
    • 1 tbsp tepung jagung


    Cara-cara:
    1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
    2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
    3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
    4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
    5. Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
    6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
    7. Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
    8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
    9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
    10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.

    Tuesday, February 28, 2012

    Kek Karamel ~~~

    Monday blues????
    Xde maknenye nak monday blues ngan keje bertimbun nih...
    Monday blur and bz adala,hhehehhe...
    Meh layan gambo kek karamel jom...


    Ni la first time ambe buat kek ni lepas sume orang dok gebang-gebang tentang kesedapan kek nih..
    First and last...yeke???
    Last sebab xmenjadi sangat dan frust...sebab???
    Masa lam oven bukan makin tinggi naiknye kek nih...
    Bila kuar je, terus jadi cam bantat...
    Perhatikan gambo tu betul-betul..
    Nampak jelas keBANTATannye di situ...
    Terus frust menonggeng..
    xtau la bila nak datang semangat nak try buat lagi..


    Tapi rasa memang mabeles...puji diri sendiri!!!
    Sume orang suka dan sume orang makan ngan gembiranye terutama adik yang bongsu..
    Siap bukak peti ais berulang kali makan kek ni...
    Resepi cilok dari Kak Anna Qawina..
    siap ade step by step lagi kalau nak tengok..
    Ambe ikut Kak Anna tang karamel tu, kasi tebal..baru puas makan..


    Suka tengok gambara ni... cantik je nampak kaler die...warna warni..
    Dah,jom tengok resepi..

    Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm
    (A)-Gula Hangus
    • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
    • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
    • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
     (B) - Bahagian Atas
    • 1 cawan susu cair
    • 1 cawan susu pekat manis
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 3 bj kuning telur
    • 2 biji telur (putih & kuning)

    (C) - Lapisan Kek
    • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
    • 70 gm gula kastor
    • 3 bj kuning telur
    • 135 ml air biasa
    • 1 sudu teh baking powder
    • 45 ml minyak msk
    • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
      
     D) Merinque
    • 6 bj putih telur
    • 70 gm gula kastor
    • 1 sudu teh krim of tartar


    Cara-cara:

    1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
    2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye.. 
    3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
    4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
    5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
    6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
    7. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
    8. masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
    9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya) 
    10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
    11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
    12. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
    13. Sedap dimakan sejuk.