Powered By Blogger

Tuesday, July 26, 2011

1st Anniversary ALKISAHKU!!!!



Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ini genap umur blog ambe ni setahun! Sedar  tak sedar, dah setahun rupanya ambe menceburi dunia berblogging. Bermula dengan niat suka-suka hati nak mengisi masa lapang yang terlalu panjang.... maklumla masa blog ni diwujudkan ambe masih bergelar seorang penganggur terhormat. Dek kerana sebelum ni asyik sibuk dengan buku dan dunia sebagai seorang pelajar, masa nak mengecahkan dapo amatla terhad dan singkat. Bila dah habis belajar dan dok kat umah ni, mulala terasa nak blajar memasak secara serius.. dapatla jugak meringankan keje-keje mak ambe tu....huhuhuhuhu

Pastu, mulala mengintai blog-blog masakan yang ada. Dari sikit-sikit blog yang ada kepada sebanyak sebanyak list ambe sekarang, dari seorang silent reader kepada yang kecoh reader, ambe mula berkenalan dengan sifu-sifu masakan yang handal dan terer memasak. Dari blog memasak ni, ambe belajar pelbagai resepi masakan yang ambe pun xsangka sebenarnya boleh buat. Yelah, dulu berangan je boleh ke ambe ni masak sedap-sedap cam orang lain masak??

Sekarang Alhamdulillah, walaupun xdela sedap sangat tapi bolehla sebagai seorang amatur...hehheheh....my mum pun lagila suka!! Anak dara die ni dah boleh kenal bahan masakan lain selain bawang ngan garam dan gula. Dari blog masak jugak ambe belajar camne nak amek gambar dari shoot yang catik, camne nak bagi makanan nampak menyelerakan... sumenya dari sini. Nak ambe listkan sume sifu-sifu yang dah banyak menolong rasenya xterlist, so ambe nak ucapkan jutaan terima kasih ikhlas dari sudut hati ini pada kalian sume...meh nak peluk cium sikiit meh...muaaahhhhhh!!!!!!!

Maaf xterhingga jugak sebab start dari bulan mac sampai sekarang blog ni diakui kurang aktif. Bukan sengaja tapi kekangan kerja dan masa menyebabkan ambe memang xsempat nak update selalu. Lagipun, bila dah balik keje malam, memang dah xmasak... insyaallah,kalau ade kelapangan masa dan ada resepi baru akan ambe updatekan nanti ye. Karang punya karang, panjang rupanya karangan ambe ni ye...huhuhuhuhu....sorila ye...bukan selalu...one in a year...hehheheh

Sebagai tanda penghargaan ambe, sudila kiranya gantung gambo kat atas tu kat blog memasing ye... 
Insyaallah kalau ada kelapangan, nanti ambe blogwalking ke rumah sifu-sifuku ini.

Salam sayang,
ALKISAHKU

Tuesday, May 24, 2011

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum... lama yang amat rasanya xmenjengah dapo ambe nih... masih ada lagi kah insan-insan yang sudi menjengukkan diri di dapo ambe yang selalu xde makanan ni...hehheheheh.... Lama xlama,kalau nengokkan tarikh last n3 ambe sebulan lebih dah roti tu dok tayang muka kat situ....gamaknye dah naik jemu korang nengoknye...ye dak????sila anggukkan kepala sendiri ye.... malam ni tetiba ade brodband sesat kat sebelah laptop nih, ntah sape punya....ku kebas pinjamla sekejap...rasa gian nak  mengupdate dah nih....

Kalau nak menN3kan hari-hari memang veranganla.... nak n3 makanan yg ambe makan kat kedai-kedai memang boleh tapi masalahnya kalau dh sampai ordernya,memang dah xtoleh kiri kanan dah...baca doa mana yang patut,pastu ngap....buruk lantak betul!! So,menu yang fresh2 akan diupdate bila mana ku kembali ke kampung halaman.....huhhuhuhu

Malam ni meh nak tayang nasi Goreng Belacan hasil cilokan dari umah Kak Hana yang tengah sebuk mengajar anak-anak muridnye tuh.... kalau tengok pada tarikh gambar,memang dah berzaman habis...ni bukan air tangan ambe tapi air tangan adik ambe yang no. 3...dia nak makan, dia masak.... i tukang tunggang terbalik amek gambo je n merangkap sekalik tukang makan.... rasa,mantop!!!! siap menambah-nambah lagik...Nak buat pun senang je kot..meh tengok resepi kot-kot ade yang kurang rajin nak masak lauk bolehla buat nasi goreng ni...nak-nak plak makan ngan ikan bilis yang digoreng rangup dan hirisan timun yang segar lagik fresh...layannnn....

Bahan-bahan:untuk 3-4 orang makan

  • *10 tangkai cili merah
  • 3 mangkuk nasi
  • *3 biji bawang putih
  • * 6 biji bawang merah
  • *2 inci belacan bakar
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar sos tomato
  • hirisan kobis 
  • 1 keping fish cake -
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
  • 1 cawan ikan bilis goreng(terpulang nak gaul sekali dengan nasi atau makan bersama nasi)
Cara-cara:
  • Tumis bahan2 kisar*, hingga naik bau dan betul2 garing.Masukkan sos tomato, kobis, fish cake dan gaul rata. Tambahkan garam & serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Pecahkan telur, biarkan sekejap baru masukkan nasi dan gaul rata. Bila bahan2 sudah menyerap matikan api.


Tuesday, April 19, 2011

Roti Sosej Mini

Assalamualaikum.....lamanya x hapdet blog ni...ade yang merindu ke...menunggu-nunggu n3 terbaru ambe??????wahhhhhh....mood perasan di tahap yang tinggi amat!hehheheheh.....tapi bila imbas balik memang lama ambe x update teratak  usang ambe ni....baru ni sempatla kejap gantung mane yang patut, wish mane yang dan...malam ni kebetulan line tenet ade sikit laju...gambo dalam folder pun ade lagi yang terperap sebab tuan nya xmengN3kan lagi...so, pilih punya pilih...gambo kat bawah ni jadi pilihan.....

Jangan dipersoalkan ketidakcantikkan gambo itu  sebab ambe main snap je sebab sume dh xsabo nak mengap roti ni panas-panas...nak2 plak time tu angin sejuk melanda kampungku, memang syiok habisla noleh makan roti ni panas-panas....jangan verangan nak mintak ye,memang dah selamat masuk Indah Water pun...hehheheh....buat ni xlama lepas Kak Ros tayang rotinya....so, ambe pun copyla buat kecik-kecik jugak style Kak Ros...sedap i tell u!!! Sape rajin lehla try buat tok minum petang esok...ambe nak undur diri dah ni, insyaAllah jumpa lagi d n3 seterusnya yang xtaula bila nak munculnya......

Bahan-bahan: ( untuk doh roti)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 1 1/2 sudu besar butter@marjerin
  • 150ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus kemdian dipotong kecil

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan pintal, bulat-bulatkan letakkan sosej, setelah dibentuk, susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.