Powered By Blogger

Wednesday, September 22, 2010

Kuah Kacang Daging

Biar betol ambe ni buat kuah kacang je???? Nasi impitnye mana??? Ni betol2,bukan nak main-main la..Ambe buat kuah kacang ni semalam sebab tringin nak makan cecah roti. Kebetulan malam semalam ambe beli kacang tanah,so pagi semalam buatla projek kuah kacang ni. Balik my sis 2 org dai skolah,terus ngadap kauh kacang dgn roti.. Nasi pun letak tepi..Ambe nak makan pun kna tunggu bukak puasa la semalam. Lepas isyak semalam memang melantak habis la..SEyes,syedap giler!!!!!! Kak Yatie, kuah kacangmu memang meletoppp!!!!!! Tapi daging ambe letak sikit je sbb 2 je secoit yg tinggal... Meh layan resepi meh...

 
Bahan-bahan:
  • 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • Sedikt air asam jawa
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
  5. dikacau sekali-sekala.
  6. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  7. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  8. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  9. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. 
* Kak Yatie,ambe link after this..Skang ni tgh sibuk malware menyerang

Dah Pulih..Alhamdulillah

Alhamdulillah...akhirnya dah clean sumenye. Ambe pn dh boleh bukak blog guna GC. Lepas mencuba sume cara akhirnya clean jugak umah ambe ni. Tq sesangat dekat Kak Nor67,Kak Ina KL dan Ayie atas tips jugak cara camne nak remove malware ni.  Cuma buat masa ni ambe xleh nak link kan sebarang resepi, atau pape information sebab umah ambe baru je clean. So,ambe ambik langkah2 berjaga-jaga sebab malware ni tengah kuat lagi menyerang. kat bawah ni, ambe copykan link dari umah Kak Nor,Kak Ina KL dan Ayie in case sesape yg mengalami masalah serangan macam ambe ni.


Link:


Kak Nor: http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/09/bloggers-jom-check.html
Ayie : http://blog-ayie.com/serangan-malware/#comment-1540
Kak Ina KL : http://www.kakinakl.com/2010/09/cara-untuk-membuang-malware-attack.html


*Utk semua kengkawan blogger yg ambe dah try resepinye, ambe akan link kan balik ASAP...

Tuesday, September 21, 2010

Malware Attacks!!!!

Masuk hari ni dah 2 ari blog ambe ada amaran malware attack ni. Nak masuk guna GC memang harapla xleh. Dah try banyak kali pun still xleh masuk gak.. Try masuk blog org lain pun xboleh jugak..Semalam memang rasa agak downla sebab xtau nk buat camne nak remove benda alah ni.. Bila try masuk guna Mozilla alhamdulillah blh bukak tapi slowla.. Slow pun slowla,janji leh bukak. Dari smlm dok chat dgn Kak Nor67 pasal attack2 ni.. Pagi ni bila bukak blog,nampakla n3 Kak Nor pasal punca benda ni n camne nak cure benda ni. Ambe try jugak buang link yg disyaki ada malware tapi benda alah tu still nak bertapak kt blog ambe.
Pada akak2 blogger yg ambe dah buang linknye,mintak maaf sgt2. Tapi ambe akn linkkan balik bila malware tu dh clear. Pada sesape yg nak tgk camne cara nk cleankan malware tu blh tengok kat blog Kak Nor67 or tuan punya blog yg jumpa cara2 nk cleankan benda ni, Ayie..