Alhamdulillah…hari ini, tanggal 24 Mac 2012, cukupla umur ambe 25 tahun… kalau syarikat tu dah jubli perak dah…hehehhe
Jutaan terima kasih buat bonda tercinta, Kamsiah Ali kerana melahirkan dan bersusahpayah membesarkan anakmu yang manja dan banyak kerenah ini. Juga buat ayahanda tercinta kerana menjaga dan membesarkan anakmu ini tanpa rasa jemu dan bosan..
Dengan bertambahnya umur hari ini, ambe hanya mengharapkan yang terbaik dalam hidup dan mengharapkan kejayaan jugak rahmat Allah yang melimpah ruah dalam hidup ini. Mengharapkan semoga hidup ini dipermudahkan, mampu menggembirakan hati ayah bonda juga mampu menjadi kakak yang baik buat adik-adikku…
Doakan ambe ye!!!




