Assalamualaikum...
Macam biasa, sifu-sifu lain dah lama tersebar virus ni, dah lama tayang d blog masing-masing..ambe baru arini nak tayang. Tapi buat dah lama jugakla, raya haji hari tu… mula –mula buat separuh je adunan sebab takut xhabis, alih-alih xcukup dan time tu jugakla buat 1 adunan plak kot2 xcukup lagi…hehhehhe… puas la makan terutama adik ambe yang bongsu tu.
Dia la yang merengek-rengek mintak buatkan sebab dah lama xmakan pudding roti katanya. Memang sedapla bagai di kata tapi ambe memandai g derhaka skit kat resepi ni. Bukannya banyak pun, sekadar taburkan choc chip kasi rase coklat skit, pastu kaedahnya ambe bakar…
Selain alasan malas nak keluarkan pengukus, ambe sebenarnya lagi suka yang bakar.. ambe bakar dalam 35 minit camtu, sebab nak kasi garing skit tepi-tepi die tu…sedap!!! Nak-nak makan time hi-tea d petang yang nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa…hehehheheh… resepi ni ambe save dari umah KakUmmi..
Bahan-bahan:
- 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
- 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
- 200 ml air
- 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
- 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh pes pandan
- 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara:
- Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
- Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
- Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
- Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
- Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)




