Powered By Blogger

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya!!!!


SElamat Hari Raya!!!! Di kesempatan ini, ambe ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan menyusun jari sepuluh memohon ampun dan aaf andai sepanjang ambe berblogging ni, tanpa sedar ada yang tersinggung, terkecil hati dengan gurau senda ambe… maklumla, kadang-kadang tangan ni laju je menaip tanpa sedar ade yang terasa.. biskut dan segala kuih raya insyaAllah akan ditayangkan jugak walaupun dah terlambat,hehheheh… orang lain dah berzaman menayang kukis masing-masing, ambe baru nak tayang. Nak buat camne, semalam baru sampai umah dek non!


Nak g mengutip kad raya umah sifu-sifuku pun xsempat lagi tapi insyaAllah akan dilakukan dlm masa secepat mungkin. Jadi pada sifu-sifuku, sila-silakanlah mengangkut kad raya ambe yang xseberapa ni gantung kat dinding umah masing-masing ye.


SELAMAT HARI RAYA!!!!

Kad Raya...







Kak Noorsha


Kak Erma


Kak Mas


Kak Ayu


Kak Nor


Kak Del

Kak Hasue

Kak Madihaa

kak Yatie

kak Ros Jintan Manis

Tuesday, July 26, 2011

1st Anniversary ALKISAHKU!!!!



Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ini genap umur blog ambe ni setahun! Sedar  tak sedar, dah setahun rupanya ambe menceburi dunia berblogging. Bermula dengan niat suka-suka hati nak mengisi masa lapang yang terlalu panjang.... maklumla masa blog ni diwujudkan ambe masih bergelar seorang penganggur terhormat. Dek kerana sebelum ni asyik sibuk dengan buku dan dunia sebagai seorang pelajar, masa nak mengecahkan dapo amatla terhad dan singkat. Bila dah habis belajar dan dok kat umah ni, mulala terasa nak blajar memasak secara serius.. dapatla jugak meringankan keje-keje mak ambe tu....huhuhuhuhu

Pastu, mulala mengintai blog-blog masakan yang ada. Dari sikit-sikit blog yang ada kepada sebanyak sebanyak list ambe sekarang, dari seorang silent reader kepada yang kecoh reader, ambe mula berkenalan dengan sifu-sifu masakan yang handal dan terer memasak. Dari blog memasak ni, ambe belajar pelbagai resepi masakan yang ambe pun xsangka sebenarnya boleh buat. Yelah, dulu berangan je boleh ke ambe ni masak sedap-sedap cam orang lain masak??

Sekarang Alhamdulillah, walaupun xdela sedap sangat tapi bolehla sebagai seorang amatur...hehheheh....my mum pun lagila suka!! Anak dara die ni dah boleh kenal bahan masakan lain selain bawang ngan garam dan gula. Dari blog masak jugak ambe belajar camne nak amek gambar dari shoot yang catik, camne nak bagi makanan nampak menyelerakan... sumenya dari sini. Nak ambe listkan sume sifu-sifu yang dah banyak menolong rasenya xterlist, so ambe nak ucapkan jutaan terima kasih ikhlas dari sudut hati ini pada kalian sume...meh nak peluk cium sikiit meh...muaaahhhhhh!!!!!!!

Maaf xterhingga jugak sebab start dari bulan mac sampai sekarang blog ni diakui kurang aktif. Bukan sengaja tapi kekangan kerja dan masa menyebabkan ambe memang xsempat nak update selalu. Lagipun, bila dah balik keje malam, memang dah xmasak... insyaallah,kalau ade kelapangan masa dan ada resepi baru akan ambe updatekan nanti ye. Karang punya karang, panjang rupanya karangan ambe ni ye...huhuhuhuhu....sorila ye...bukan selalu...one in a year...hehheheh

Sebagai tanda penghargaan ambe, sudila kiranya gantung gambo kat atas tu kat blog memasing ye... 
Insyaallah kalau ada kelapangan, nanti ambe blogwalking ke rumah sifu-sifuku ini.

Salam sayang,
ALKISAHKU