Friday, July 30, 2010

Marble Cheese Brownies

Yang ni projek  lepas lunch tadi. Sebenarnye cream cheese ni dh bape kali kuar msk esbok. Tiap kali kuar je confim msk blk,ntah pe kejadahnye pn xtaula. Sblm cream cheese ni terperuk kt esbok tu, dh lame ku lihat kelibatnye di Tesco Kota Bharu tu. Tiap kali lalu tmpt cheese je mst pgg,lalu je pgg,lalu je pgg,las2 amek kau!!!ade gak dlm esbok ambe..

Bg sesape yg tgk gambo brownies ambe ni jgnla terkesima @ buat2 tkejut badak,maklumla bru 1st time bereksperimen dgn cheese. Buat pn stgh adunan je,kang xmjadi karang sape nk jwb???? buken ke  ambe jgk  yg kna cari alasannye.. gambo pn xbrape lawa. Kamera biase je..nk bli DSLR tabung bear xpenuh lg..ntah bilela gamaknye nk pnh pn xtaula,haisshhh....







Resepi ni hasil jelajah ke blog kak Hana smlm,hasil jelajahan kak Hana ke blog abang Mat Gebu dan hasil intaian abang Mat Gebu ke blog kak Rinnchan . Tq bery2  much kak Hana, abg Mat Gebu dan kak Rinnchan. Mintak iji cnp ye..

Marble Cheese Brownies

Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.








  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...









2 comments:

Anonymous said...

woOi..gilo apo nulis blog plok loni?
tp napok ado kemajuan doh masok tuh, sedak ko dok suku kiro..janji kenye. hahaha~

yang benar,
PakDo

Eliza said...

salam mie,
sori lambat respon. internet slow giler.

psl karamel tu kan, nak mudah dan cantik,elok guna non-stick pan sbb tak susah nnt nak kacau. Pastu, pastikan dah likat sikit baru masukkan air panas.

Kuantiti utk karamel akak guna 2x ganda dari resepi asal. Bleh tambah air panas lagi kalu pekat sgt. Memasak ni mcm ekperimen jugakkan. Kekadang tu dah cuba 2,3x baru jadik..Selamat mencuba..

psst..tgk brownie tu mengancam sungguh..