Powered By Blogger

Tuesday, February 28, 2012

Kek Karamel ~~~

Monday blues????
Xde maknenye nak monday blues ngan keje bertimbun nih...
Monday blur and bz adala,hhehehhe...
Meh layan gambo kek karamel jom...


Ni la first time ambe buat kek ni lepas sume orang dok gebang-gebang tentang kesedapan kek nih..
First and last...yeke???
Last sebab xmenjadi sangat dan frust...sebab???
Masa lam oven bukan makin tinggi naiknye kek nih...
Bila kuar je, terus jadi cam bantat...
Perhatikan gambo tu betul-betul..
Nampak jelas keBANTATannye di situ...
Terus frust menonggeng..
xtau la bila nak datang semangat nak try buat lagi..


Tapi rasa memang mabeles...puji diri sendiri!!!
Sume orang suka dan sume orang makan ngan gembiranye terutama adik yang bongsu..
Siap bukak peti ais berulang kali makan kek ni...
Resepi cilok dari Kak Anna Qawina..
siap ade step by step lagi kalau nak tengok..
Ambe ikut Kak Anna tang karamel tu, kasi tebal..baru puas makan..


Suka tengok gambara ni... cantik je nampak kaler die...warna warni..
Dah,jom tengok resepi..

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
 (B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
  
 D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar


Cara-cara:

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye.. 
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  8. masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya) 
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.



Wednesday, February 22, 2012

Sardine Puff

Lintas langsung sardine puff pepagi hari ni...
Sedapnye kalau leh buat sadin puff time ni jugak...
Nak-nak time tensen ngan keje,memang sedap makan puff ni panas-panas...kan!!!kan!!!
Ade yang tertanya-tnya tak camne nak bentukkan puff ni???
Sila klik kat page Abang CMG ye... 
siap ada step by step lagi..

Cuma cara penyediaan inti sardin tu ambe ikut cara mak ambe selalu buat..
Inila cara yang mak ambe buat dari dulu sampai sekarang..
Dan kitorang adik beradik memang suka resepi my mum...
Jom kita tengok...

Bahan-bahan:
  • Puff pastry - cara lipatan, klik sini
  • 1 tin sardin - ambil isinya sahaja
  • 1 biji bawang besar - dicincang halus
  • 4 biji cili padi - dipotong halus
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 3 sb butter
  • Sedikit garam
  • Perahan jus limau nipis - ikut suka tahap kemasaman
  • Keju mozarella@ keju yang digemari

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan-bahan dan biarkan seketika selama 20 minit
  2. Kemudian, masukkan inti sardin ke dalam puff pastry hingga hampir memenuhi lubang puff tersebut.
  3. Taburkan keju sebanyak yang disukai
  4. Bakar selama 10 minit @ sehingga keju mencair


Friday, February 17, 2012

Kuewtiau Goreng Pedas Kak Anim~~

 Kuewtiau d waktu malam???
Ye...memang d waktu malam ketika gambar ni d ambil..
Hasil ketung-ketang kat dapo 2 malam sudah..
Balik ofis rase nak makan kuewtiau goreng..
Terus google, kuarla kak Anim punya version..

Rupanye ade sifu gak tayang kuewtiau hari ni...
Cer klik sini nak tengok sape..hehheheh
Bila nak buat n3 ni, baru ambe perasan ni 1st gambar yg dipublish tok tahun 2012..
Sebelum ni sume gambo tahun lepas...huhuhu
Jomla layan kuewtiau ni... 

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kuetiau
  • 12 tangkai cili kering di rebus dan toskan*
  • 6 ulas bawang kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering*
  • bahan2 bertanda * dikisar
  • sedikit isi ayam
  • isi kerang - ambe tambah
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • sedikit sawi
  • sedikit tauge
  • sedikit daun kucai - ambe xletak
  • 1 butir telur


Cara-cara:
  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan2 yang di kisar sehingga naik bau
  3. masukan isi ayam
  4. masukan garam dan kiub ikan bilis
  5. masukan air
  6. bila dah mendidih masukan telur
  7. kocak telur hingga hancur dan rata
  8. masukan kuetiau.kacau sebentar
  9. masukan tauge dan daun kucai
  10. gaul sebati dan sedia untuk di hidangkan

Tuesday, February 14, 2012

Muffin Coklat Kak Izah~~

Ade sesape nak breakfast ngan muffin coklat yg sgt sedap ni x???...
Sila angkat tangan dan bekas kosong ye..
Alhamdulillah menjadi jugak sebab ambe kalau buat muffin @ kek ngan minyak mesti fail...
Tapi yang ni menjadi ngan jayanye..
tengokla kegebuannya..

Muffin yang sangat simple dan kejap je menyediakan...
Thank you pada kak Izah cayang sebab memang akan buat lagi..
Godek2 kejap, masuk dalam bekas dan bakar..
Xyah guna mixer bagai...
Kalau ade tetamu yang datang mengejut memang sesuai sgtla buat muffin ni..

 Ambe buat 2 adunan terus..hehhehe...
Ade sikit tamak d situ...
Tapi berbaloi sebab sekejap je habis...
Dorang sume makan time suam-suam gitu, ambe kasi sejuk dulu baru makan..
Tapi dah stat makan memang xleh nak berenti...
Kat atas tu sebelum pembakaran...
Saje letak banyak gambar sebab cam best je tgk..

Bahan-bahan:
  • 1 cwn tepung
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk serbuk nescafe
  • 1 sb susu tepung
  • 1/2 cwn gula
  • 1/2 cwn minyak
  • 1/2 cwn air panas
  • 2 sb susu pekat
  • 1/2 sk essence vanilla
  • 2 biji telur
  • 1 sb oren sunkist - ambe xletak


Cara-cara:
  1. Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula.
  2. Gaulkan sebati. Ketepikan.
  3. Campurkan semua bahan basah ke dalam bekas kecuali air panas.
  4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul sebentar.
  5. Kemudian tuang air panas.
  6. Bakar pada suhu 180 C slama 25 minit.

Friday, February 10, 2012

Kek Kukus Buah-buahan CMG~~


Petang ni tayang kek pulak..
Yang dah lama buat tapi tak tayang lagi...
Nak cakap satu je pasal kek ni...
SANGAT SEDAP!!!!!
Walaupun ambe terderhaka jugak..
Pandai-pandai g ubahsuai bahan-bahan die..
Mesti lagi sedap kalau xmenderhaka kan...
hahahahhahah.....
Credit to abang CMG...
Nak tengok resepi asal boleh klik situ ye..
Yang ambe letak hasil olahan ambe...

Olahan: Alkisahku..

Bahan-bahan:
  • 375 g buah2an campuran (mix fruit)
  • 250 g mentega
  • 2 cawan tepung gandum* 
  • 1 camca teh sodium bicarbonate* 
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak
  • 5 biji telur 
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir (untuk gula hangus)
  • 1 sk esen vanila

Cara-cara:
  1. Gaul tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan mix fruit hingga sebati. Biarkan seketika.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Masukkan esen vanila.
  3.  Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  4. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  5. Kukus selama 4 jam. Ambe kukus 2 jam je...hehhehhe

Monday, February 6, 2012

Agar-agar Permata ~~

Cuba bayangkan di petang-petang hari yang panas terik ni dapat makan puding kaler maler yang sejuk nih...
Mesti syok kan!!
meh sini kita layan agar-agar Kak Izah ni...
Buat masa nak bawak g kenduri umah sedara tahun lepas..
Oleh sebab ambe suka main-maik ngan kaler-kaler ni, so banyak skitla kaler die..
Tu yang xberapa nak nampak warna putih susu agar-agar ni...

Bahan-Bahan:
  • 10g agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1sk esen vanilla
  • Beberapa Pewarna kegemaran

Cara-Cara:
  1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air dan gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan susu, susu cair dan esen vanilla.Kacau sebentar.Tutup api
  3. Bahagikan agar2 kepada 5 bahagian.(Ikut suka nak bahagi brp kaler)
  4. Titiskan pewarna merah untuk satu bahagian, kuning satu bahagian, ijo dan biru
  5. Tinggal satu bahagian dengan warna asal.
  6. Bekukan agar2 berwarna.Apabila keras, potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar2 warna asal.
  7. Sejukkan dalm esbok

Happy Birthday Kak Mas~~~~~