Monday, February 6, 2012

Agar-agar Permata ~~

Cuba bayangkan di petang-petang hari yang panas terik ni dapat makan puding kaler maler yang sejuk nih...
Mesti syok kan!!
meh sini kita layan agar-agar Kak Izah ni...
Buat masa nak bawak g kenduri umah sedara tahun lepas..
Oleh sebab ambe suka main-maik ngan kaler-kaler ni, so banyak skitla kaler die..
Tu yang xberapa nak nampak warna putih susu agar-agar ni...

Bahan-Bahan:
  • 10g agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1sk esen vanilla
  • Beberapa Pewarna kegemaran

Cara-Cara:
  1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air dan gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan susu, susu cair dan esen vanilla.Kacau sebentar.Tutup api
  3. Bahagikan agar2 kepada 5 bahagian.(Ikut suka nak bahagi brp kaler)
  4. Titiskan pewarna merah untuk satu bahagian, kuning satu bahagian, ijo dan biru
  5. Tinggal satu bahagian dengan warna asal.
  6. Bekukan agar2 berwarna.Apabila keras, potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar2 warna asal.
  7. Sejukkan dalm esbok

4 comments:

Kak Sam said...

sedang berkira2 nak buat puding. hehehe macam menarik je ni.

Jay said...

wow..sounds amazing..
just found your space..lovely space you have..
excellent posts with lipsmacking cliks..
Am your happy follower now..;)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

Kak Noor said...

Sedapnya agar-agar ni. Colourful! Teruja juga. Sekarang pun tengah mencari resepi agar-agar yang ringkas yang dapat disuaikan dengan bahan-bahan yang tersedia sekarang ini. Tq.
Mohon kongsi ye dalam blog.

Diana @ Melley Mey said...

mimiey...
sedapnya tgk agar2 tu... dah lama x buat agar2... anak2 akak mmg suka makan agar2... teringin plak nak makan tgk agar2 yg mimiey buat nie... sedap2!!!