Friday, February 10, 2012

Kek Kukus Buah-buahan CMG~~


Petang ni tayang kek pulak..
Yang dah lama buat tapi tak tayang lagi...
Nak cakap satu je pasal kek ni...
SANGAT SEDAP!!!!!
Walaupun ambe terderhaka jugak..
Pandai-pandai g ubahsuai bahan-bahan die..
Mesti lagi sedap kalau xmenderhaka kan...
hahahahhahah.....
Credit to abang CMG...
Nak tengok resepi asal boleh klik situ ye..
Yang ambe letak hasil olahan ambe...

Olahan: Alkisahku..

Bahan-bahan:
  • 375 g buah2an campuran (mix fruit)
  • 250 g mentega
  • 2 cawan tepung gandum* 
  • 1 camca teh sodium bicarbonate* 
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak
  • 5 biji telur 
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir (untuk gula hangus)
  • 1 sk esen vanila

Cara-cara:
  1. Gaul tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan mix fruit hingga sebati. Biarkan seketika.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Masukkan esen vanila.
  3.  Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  4. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  5. Kukus selama 4 jam. Ambe kukus 2 jam je...hehhehhe

2 comments:

Kak Sam said...

Errmmmm tengok ramai dah buat kek ni. Bila le pulak akak nak buat.

Mas said...

mimiey...rajinnya ngekek..
meh kat kak mas 10 ketoi..he3