Powered By Blogger

Tuesday, January 31, 2012

Cucur Bom Manis

Cucur yang sangat sedap, ringkas dan senang pada pandangan ambe..
Masa blogwalking tempoh hari, nampak Kak Anna tayang cucur ni...
Terus salin sambil berkata dalam hati...bilala aku boleh menjadikan ianya kenyataan...huhuhu
Makin hari makin panjang list dan resepi ni makin terkebelakang..
Akhirnya tanggal 7 November tahun lepas jadi la jugak...
Sebab kak Anna gtau adunan ni dapat sikit je, ambe doublekan terus sebab orang kat umah ni memang suka makan jenis camni..
Kuar je kuali terus sume menerpa dengan rasa xsabar2 dan hasilnya...memang akan buat lagila!!
Dan memang dah buat lagi pun,hehhehe....



Bahan-bahan:
  • 1 sdt yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdb gula
  • 3 sdb susu pekat manis
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
  • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
  • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
  • Panaskan minyak masak.
  • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.

Saturday, January 28, 2012

Nasi Goreng Serai Ikan Bilis Kak Diana~~


A quick update sebelom ambe berangkat nak g kelas...
Quality gambo, props sangatla sempoi dan ringkas sebab nak makan dengan kadar segera...
Tempoh masa gambar ini adalah pada tahun lepas ye puan-puan..
Edisi menghabiskan gambar yang belum dipostkan ke sini...
Rasa??...memenuhi selera
Resepi dcopy dari umah Kak Diana..

 Bahan-bahan:
4 mangkuk nasi putih
1 tangkai cili merah _ d buang bijinya dan d hiris halus
5 batang kacang panjang _ d potong kecil
4 ulas bawang putih _ d cincang
4 ulas bawang merah _ d cincang
50 gm ikan bilis
50 gm udang kering _ d rendam dan d tumbuk
1 tsp serai yg d hiris halus
1 1/2 serbuk pati ayam ( perencah Tumix )
3 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak bijan - ambe xletak
Minyak zaitun ( boleh guna minyak masak lain yer )


Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun... Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Buat langkah yang sama untuk cili merah, kacang panjang, ikan bilis, udang kering dan serai.. Ketepikan untuk kegunaan kemudian nanti.
  2. Panaskan sedikit minyak dan pecahkan telur.
  3. Setelah telur masak.. masukkan nasi putih dan gaul rata.
  4. Masukkan perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  5. Setelah itu masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah, kacang panjang, ikan bilis, udang kering dan serai yang telah d goreng tadi. Gaul sehingga sebati kesemua bahan tadi.

Friday, January 20, 2012

Oats Chocolate Chip Cookies

Update ke 2 pada minggu ini,hehhehhe… nak menghabiskan list tu hah.. sambil-sambil buat tayangan amal cookies sempena nak raya cina ni. Manela tau ada yang nak buat cookies,leh bagi idea tink..tink..hehhehe

Oleh kerana malam ni ambe nak balik kampong dan insyaAllah akan kembali mengasah bakat d dapo, baik ambe publish dulu mane-mane yang dah try. Kang makin panjang lak list tu.. kena quick updates gak, sebab jap lagi ada appointment ngan teman-teman sekerjaku nak g cuci mata kat wangsa Walk,hehhehe… padahal hari-hari lalu wangsa walk tu. Dah ofis sebelah tu je..

Dah..dah..meh layan cookies ni dulu.hasil cilokan umah KakNadz tapi ku terderhaka sebab nak ngabiskan oats dan nestum yang tinggal sikit je lagi. Nama pun terpaksa ditukar, sorry Kak Nadz!! 


Sedap tapi maybe sebab suka suki g ubahsuai sendiri, rase die more to chewy la. Tapi still sedap,nak-nak mengunyah time tengok tv..memang xsedar dah habis sebalang..

Bahan-bahan ayak :
·                     280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
·                     10 gm (3 tsp) serbuk koko
·                     2 Tbsp tepung jagung
·                     1/2 tsp soda bikarbonate
·                     2 Tbsp susu tepung
·                     Secubit garam
·                     ½ sk baking powder – ambe tambah
·                     1 cawan oats – ambe tambah
·                     ½ cawan nestum – ambe tambah

Bahan-bahan lain :
·                     250 gm mentega
·                     150 gm gula kastor
·                     1/2 tsp asen vanilla
·                     1 biji kuning telur
·                     100 gm (1/2 cawan) coklat chip
·                     100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :
1.                  Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2.                  Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3.                  Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4.                  Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5.                  Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
6.                  Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
7.                  Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Wednesday, January 18, 2012

Mixed Fruit Yogurt


A quick update for Wednesday blues~~~ hehehe..

Got this from Kak Ummi... cuma ambe ubah tang buah-buahan yang digunaka.... Ikut apa yang ada lam peti... Sangat disukai ramai... Kat umah dah selalu buat sebab sume orang suka...ngan rasa masam manis buah campo lak ngan yogurt berperisa...peeerrrggghhhhh.!!! Makan xhengat donia you...


Bahan (anggaran):-
- 1 biji epal merah besar
- 2 biji buah kiwi
- 3 biji buah tomato
- buah anggur hijau (tanpa biji)
- buah anggur hitam (tanpa biji)
- buah peach - x da stok
- buah betik (yang mengkal) - x letak pun
- buah mangga (masak mengkal, jgn ranum sgt) - x letak
- 2 - 3 cawan yogurt perisa buah ambe guna perisa berries
- 1/2 cawan choc chips atau 1/4 cawan choc rice - ambe tambah kitkat


Cara-cara:
  1. Kupas (mana yang perlu dikupas), basuh dan toskan.
  2. Potong dadu kesemua buah-buahan, kecuali anggur. Letakkan di dalam bekas sesuai
  3. Tuangkan saja yogurt perisa buah-buahan secukupnya/ratakan.
  4. Taburkan dengan choc chips atau choc rice secukupnya/ikut suka. Sejukkan. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, January 11, 2012

Muffin Yogurt...

Bersua balik kita…huhuhuhu… tentu korang dah muak kan tengok asyik fruit puff tu je yang tayang muka kat sini. Alasan biasa, sangat sibuk!!! Tapi nak buat camne, sape yang keje kat audit firm mesti tau skang ni sampai bulan 7 adalah waktu yang sangat sibuk! 

Waktu nak update ni pun, ambe kat tempat client. Ambik masa kejap nak update sebab dalam folder tu dah sangat banyak list yang menunggu turn. 

Tapi sume list tahun lepas… xpela, gambo xbasi kan…hehhehhehe

Muffin yogurt ni ambe ambek dari muffin list Kak Izah.. rasanya sedap, cuma maybe ambe tersalah teknik ke camne, muffin ni quite padat. 

Nak lengkapkan cite, ambe guna plain yogurt tapi letak filling coklat ..pun sedap jgk. Tapi terlupa lak nak amek gambar keratan rentas yg choc filling tu.  Kat atas tu tabor je ngan coklat chip. 



Layan je la ye muffin ni, nak sorang sebijik pun boleh… white coffee pun ada kat sebelah tu. Ambe nak kembali nak menenggelamkan diri dalam timbunan keje ni…daaaaa(^-^)

Bahan-bahan:

  • 2 cwn tepung
  • 1 1/2 sk soda bikarbonat
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 cwn yogurt plain @ perasa
  • 2 biji telur
  • 2/3 cwn gula kastor
  • 100 ml minyak sayur @ butter cair
  • 1 sk essence vanilla



Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
  2. Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
  3. Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla, dan sebatikan hingga licin.
  4. Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
  5. Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
  6. Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
  7. Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit



Monday, January 9, 2012

Monday blues~~~~~






Tuesday, January 3, 2012

Happy @nd Anniversary Sinar Kehidupanku...


HAPPY 2ND ANNIVERSAY KAK YATIE SINAR KEHIDUPANKU....

Monday, January 2, 2012

Happy 2nd Anniversary...


HAPPY 2ND ANNIVERSARY TO KAK IZAH MUFFIN LOVER AND KAK ROS JINTAN MANIS.....