Wednesday, January 11, 2012

Muffin Yogurt...

Bersua balik kita…huhuhuhu… tentu korang dah muak kan tengok asyik fruit puff tu je yang tayang muka kat sini. Alasan biasa, sangat sibuk!!! Tapi nak buat camne, sape yang keje kat audit firm mesti tau skang ni sampai bulan 7 adalah waktu yang sangat sibuk! 

Waktu nak update ni pun, ambe kat tempat client. Ambik masa kejap nak update sebab dalam folder tu dah sangat banyak list yang menunggu turn. 

Tapi sume list tahun lepas… xpela, gambo xbasi kan…hehhehhehe

Muffin yogurt ni ambe ambek dari muffin list Kak Izah.. rasanya sedap, cuma maybe ambe tersalah teknik ke camne, muffin ni quite padat. 

Nak lengkapkan cite, ambe guna plain yogurt tapi letak filling coklat ..pun sedap jgk. Tapi terlupa lak nak amek gambar keratan rentas yg choc filling tu.  Kat atas tu tabor je ngan coklat chip. 



Layan je la ye muffin ni, nak sorang sebijik pun boleh… white coffee pun ada kat sebelah tu. Ambe nak kembali nak menenggelamkan diri dalam timbunan keje ni…daaaaa(^-^)

Bahan-bahan:

  • 2 cwn tepung
  • 1 1/2 sk soda bikarbonat
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 cwn yogurt plain @ perasa
  • 2 biji telur
  • 2/3 cwn gula kastor
  • 100 ml minyak sayur @ butter cair
  • 1 sk essence vanilla



Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
  2. Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
  3. Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla, dan sebatikan hingga licin.
  4. Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
  5. Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
  6. Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
  7. Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit



16 comments:

Kak Sam said...

Waaa ni kira bagus, dalam esbok ada yogurt yang dah nak tamat riwayatnya. hehehe tq.

Cendana Kasih said...

dah pernah buat mapin ni...mmg lembut...sedap !!

Akumeer said...

ada open utk tempahan ke?
Saya nak tempah 80,000 unit utk majlis resepsi saya di PWTC nanti..

suri solehah said...

sedap nampak miey..lama akak tak ke sini

Mama Hawa/Mama Nani said...

Ni mama dtg nk ambik maffin yogurt..comel loteh!!! hehehe

Mas said...

mimiey...rajinnya memapin....
meh sebakul...he3

Nieza said...

cantik, cute jer mapin ni..kalau bubuh yogurt ni memang hasilnya gebus kan:)

Mimiey.. (^-^) said...

@kak sam...
nanti lehla try kak sam...memang sedap.nak2 kalau guna yogurt berperisa...hehheheh

Mimiey.. (^-^) said...

@cendana kasih..
mmg sedap kan akak...

Mimiey.. (^-^) said...

@akumeer..
maaf, sy xambil tempahan..

Mimiey.. (^-^) said...

@suri solehah...
sedap kak..sy pun sbnrnye lama jgk xberupdate. jarang leh online...huhuhuhu

Mimiey.. (^-^) said...

@mamahawa...
hehheh...amekla mama...

Mimiey.. (^-^) said...

@kak mas...
hhahhaha...ni lame punya kak mas...tinggal kenangan dh ni...

Mimiey.. (^-^) said...

@kak nieza...
tu la...tapi rasenye mie slh teknikla akak,mie punya jadi padat...
tu la,godek terlebih tenaga...hehheheh

izahdaut said...

mie.. muffin ni kalau padat mmg ada sikit kesilapan teknik tu. overmix mungkin. sebab kalau ketul2 tu jgn digaul dah bagi licin. biar je dia berketul2. kalau menjadi betul mmg gebu muffin ni. best

lianalovekhairi said...

pandainya buat kuih.......