Saturday, January 28, 2012

Nasi Goreng Serai Ikan Bilis Kak Diana~~


A quick update sebelom ambe berangkat nak g kelas...
Quality gambo, props sangatla sempoi dan ringkas sebab nak makan dengan kadar segera...
Tempoh masa gambar ini adalah pada tahun lepas ye puan-puan..
Edisi menghabiskan gambar yang belum dipostkan ke sini...
Rasa??...memenuhi selera
Resepi dcopy dari umah Kak Diana..

 Bahan-bahan:
4 mangkuk nasi putih
1 tangkai cili merah _ d buang bijinya dan d hiris halus
5 batang kacang panjang _ d potong kecil
4 ulas bawang putih _ d cincang
4 ulas bawang merah _ d cincang
50 gm ikan bilis
50 gm udang kering _ d rendam dan d tumbuk
1 tsp serai yg d hiris halus
1 1/2 serbuk pati ayam ( perencah Tumix )
3 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak bijan - ambe xletak
Minyak zaitun ( boleh guna minyak masak lain yer )


Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun... Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Buat langkah yang sama untuk cili merah, kacang panjang, ikan bilis, udang kering dan serai.. Ketepikan untuk kegunaan kemudian nanti.
  2. Panaskan sedikit minyak dan pecahkan telur.
  3. Setelah telur masak.. masukkan nasi putih dan gaul rata.
  4. Masukkan perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  5. Setelah itu masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah, kacang panjang, ikan bilis, udang kering dan serai yang telah d goreng tadi. Gaul sehingga sebati kesemua bahan tadi.

8 comments:

Mas said...

mimiey...kak mas semenjak mengandung ni suka sangat nasi goreng...
meh sepinggan...

Nuridah said...

Assalamualaikum mimiey

nasi goreng 1 pinggan...kak Nur lum sarapan lagi ni...haha...

izahdaut said...

waahhh..sedap nyerrrrr.. mimiey.. org kata air tangan mek klate sedap2. meh masakkan tuk akak.

dZana said...

nasi grg tak jemu di makan.. nnti akk nk cuba versi ni pulak.. letak serai eh.. tq mimiey

Mimiey.. (^-^) said...

@kak mas...
hehheh...oleh sebab itu kak mas kena try buat nasi goreng ni...
mesti kak mas suka..

Mimiey.. (^-^) said...

@kak nuridah...
okeh...siap!!!

Mimiey.. (^-^) said...

@kak izahdaut...
hahhahah...mek klate lain kot...
mek klate yg ni tau masak simple2 je..
ntah sedap ntah x..hehheheh

Mimiey.. (^-^) said...

@kak dzana...
memang kak..buat la versi camne pun, mesti ramai yg suka kan...